Harga rasmi Nissan X-Trail bermula dari RM133,888, jaminan lima tahun tanpa had perbatuan

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) selaku pengedar rasmi kenderaan jenama Nissan di Malaysia mengumumkan harga rasmi bagi Nissan X-Trail Facelift baharu. 

Selain daripada varian 2.0L 2WD, 2.0L MID dan 2.5L 4wD, Nissan X-Trail serba baharu juga turut didatangkan dalam versi hibrid dengan enjin 2.0 liter MR20DD yang digandingkan dengan transmisi XTRONIC CVT. 

Kuasa 144 PS dan tork 200 Nm itu dipadankan bersama motor elektrik berkuasa 41 PS dan daya kilas 160 Nm itu memberikan kuasa pemanduan yang lebih mengujakan selain mengekalkan penjimatan bahan api 16.1 km/liter terbaik di dalam kelasnya.

 


Nissan X-Trail facelift diberikan nafas baharu dalam penampilan luaran, seperti reka bentuk gril signatur V-Motion, lampu nyalaan siang LED, lampu depan serta lampu belakang LED berbentuk boomerang. 

Sistem infotainmen juga tersedia dengan ciri navigasi bersaiz 7 inci dan ciri ketersambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto. 

Enam buah beg udara SRS kini didatangkan sebagai standard untuk tiga varian X-Trail baharu (empat bagi varian asas), disekalikan dengan ciri:

  • brek parkir elektronik dengan fungsi Auto Hold
  • kawalan dinamik kenderaan (VDC)
  • sistem kawalan cengkaman (TCS)
  • brek anti kunci (ABS)
  • bantuan brek (BA)
  • pengedaran kuasa brek elektronik (EBD)
  • bantuan mula mendaki (HSA)
  • cagak ISOFIX dengan Top Tether (x2) 


Teknologi keselamatan Nissan terkini, Nissan Intelligent Mobility juga turut dipasang pada X-Trail terbaharu (kecuali varian 2.0L 2WD) merangkumi:

  • Amaran Pelanggaran Hadapan Pintar (FCW)*
  • Brek Kecemasan Hadapan Pintar (FEB)*
  • Kawalan Pelayaran Pintar (ICC)*
  • Bantuan Suluhan Tinggi (HBA)*
  • Amaran Pertukaran Laluan (LDW)
  • Amaran Titik Buta (BSW)
  • Intelligent Around View Monitor (I-AVM) dengan pengesanan objek bergerak (I-MOD)
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)
  • Motion Activated Power Tailgate
    *untuk varian 2.0L Hybrid & 2.5L 4WD


5 pilihan warna luaran yang ditawarkan: putih (Brilliant White), perak (Tungsten Silver), hijau (Titanium Olive), hitam (Diamond Black) dan Imperial Umber (baharu)

Harga jualan pula adalah seperti berikut: 
 

Varian

Penggunaan Bahan Api

(berdasarkan ECE R101 Test Mode)

Harga Rasmi Nissan X-Trail Facelift

Semenanjung


Malaysia

Sabah
& Sarawak

Jaminan Lima Tahun tanpa had perbatuan

(termasuk komponen HEV  and bateri Lithium-Ion HEV)

X-TRAIL 2.0L 2WD

13.4 km/L

RM 133,888

RM 136,388

X-TRAIL 2.0L 2WD MID

RM 145,888

RM 148,388

X-TRAIL 2.5L 4WD

12.2 km/L

RM 153,888

RM 156,388

X-TRAIL 2.0L HYBRID

16.1 km/L

RM 159,888

RM 162,388


Nissan X-Trail didatangkan dengan Jadual Servis Berkala untuk dua tahun atau 40,000 km jarak perbatuan (yang mana terdahulu sebagai sebahagian daripada kempen pelancaran. 

Bagi mereka yang ingin melakukan trade-in, ETCM turut memberikan kadar tertinggi dan 500 pelanggan pertama akan menerima hadiah bernilai sehingga RM488.

Selain daripada itu, ETCM turut mengadakan jerayawara Nissan X-Trail di seluruh negara pada tarikh-tarikh berikut:

Nissan X-Trail Nationwide Roadshows schedule:

Tarikh

Kawasan

Tempat

17 – 21 April

Sentral

One Utama Shopping Mall, Petaling Jaya**

17 – 21 April

Utara

QueensBay Mall, Penang**

18 – 21 April

Pantai Timur

Kuantan City Mall, Kuantan

19 – 21 April

Selatan

Paradigm Mall JB, Johor**

**with Nissan X-Trail Tech Drive VR experience

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Keistimewaan rangkaian kuasa e-POWER ialah ibarat kenderaan elektrik (EV) yang tidak perlu…
Berita Global
  Turut dipasang, siren, lampu kecemasan dan lampu berkuasa tinggi selain lampu pada jeriji depan…
Berita Global
  Untuk pasaran Amerika Syarikat, Nissan telah memperkenalkan Rogue 2024 dengan rupa baharu dan…