Harga rasmi Mercedes-Benz S-Class diumumkan - dari RM698,744

oleh Mohamad Hanif|
Dilancarkan secara rasmi pada penghujung tahun 2021, Mercedes-Benz Malaysia akhirnya mengumumkan harga jualan bagi sedan S-Class 2022 yang didatangkan dalam varian tunggal S 580 e.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sonderklasse versi pemasangan tempatan dari Pekan, Pahang ini boleh didapati pada harga bermula dari RM698,744 (harga atas jalan dengan pengecualian cukai, tidak termasuk insurans).
 

S 580 e


Dari segi kuasa, sedan plug-in hybrid ini hadir dengan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter yang menghasilkan 367 hp @ 5,500 rpm-6,100 rpm, serta daya kilas 500 Nm @ 1,600 - 4,500 rpm, dibantu dengan motor elektrik 147 hp/440 Nm.

Pecutan 0-100 km/j mengambil masa sekitar 5.2 saat, dan sedan ini berkeupayaan untuk bergerak tanpa menggunakan setitik petrol sejauh 100 km di dalam mod elektrik tulen.

Dari segi luaran, S-Class merupakan salah satu kereta yang paling aerodinamik dengan kadar pekali seretan 0.22, dan pemanduan yang lebih senyap boleh dirasakan dari dalam kabin.
 

S 580 e


Antara kelengkapan yang dimuatkan termasuklah rim bersaiz 19 inci, DIGITAL LIGHT dengan kadar resolusi lebih 2.6 juta piksel yang membolehkan pencahayaan yang lebih sekata, terutama ketika menggunakan ciri Adaptive Highbeam Assist Plus, diikuti dengan sistem pencahayaan ambien yang boleh diintegrasikan dengan sistem bantuan pemandu.

Sementara ruang kabin pula menampilkan skrin 3D untuk pemandu, skrin tengah OLED, sistem bunyi Burmester 3D, MBUX Navigation Premium dengan bantuan realiti terimbuh, MBUX High-End Rear Seat Entertainment System, sokongan Apple Carplay dan Android Auto, slot pengecasan peranti nirwayar di depan dan belakang, modul komunikasi LTE, serta ciri pengimbas cap jari.

Sebagai sebuah sedan bertaraf mercu, S 580 e dilengkapi dengan penggunaan bahan upholsteri kulit Nappa, trim kayu Anthracite, roda stereng balutan kulit Nappa, kerusi belakang boleh laras dengan fungsi memori dan fungsi urut, serta penggunaan bahan kitar semula ECONYL untuk alas lantai.
 

S 580 e


Ciri keselamatan yang dimuatkan termasuklah pakej Driving Assistance, Active Distance Assist DISTRONIC, Active Parking Assist PARKTRONIC, Active Lane Keeping Assist, PRE-SAFE, kamera 360 darjah, sistem nyahaktif beg udara hadapan, perlindungan URBAN GUARD, perlindungan pejalan kaki dan sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun dengan bantuan teknologi yang diperoleh daripada sukan Formula One mampu menjadikan model…
Berita Global
Berbanding model GLC-Class yang terdahulu, GLC-Class generasi baharu membawakan dimensi yang…
Berita Global
Sistem yang lebih dikenali sebagai Drive Pilot itu boleh didapati di Jerman bermula 17 Mei ini…