Harga rasmi Mazda3 tertiris - bermula dari RM140k - RM161k OTR

oleh Mohamad Hanif|
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Mazda Malaysia sudah pun menghantar notifikasi kepada para media berkenaan pelancaran rasmi sedan dan hatchback segmen C generasi baharu Mazda3 yang bakal berlangsung pada 17 Julai ini. 

Nampaknya, harga jualan rasmi juga sudah mula ditiriskan ke dalam talian menerusi laman Facebook pengedar Mazda Balakong/Cheras Selatan, seperti mana yang diperoleh daripada rakan media, Paultan. 
 


Secara ringkasnya, Mazda3 akan ditawarkan dalam tiga varian utama, iaitu 1.5 (sedan dan hatchback), 2.0 High (sedan) dan varian premium 2.0 High Plus (sedan dan hatchback). 

Menurut senarai harga jualan, varian asas akan dijual pada harga bermula dari RM139,770, didatangkan dengan enjin Skyactiv-G 1.5 liter, transmisi auto enam nisbah kelajuan serta kuasa 114 hp dan daya kilas 150 Nm. 
 


Manakala dua varian tertinggi pula dilengkapi dengan enjin Skyactiv-G 2.0 liter, transmisi auto enam nisbah kelajuan dengan kuasa 162 hp dan daya kilas 210 Nm. 

Untuk mereka yang memilih varian 2.0 liter, harga jualan bermula dari RM150,059 sehingga RM160,059 dan kesemua varian didatangkan dengan jaminan lima tahun atau jarak perbatuan 100,000 km, pakej  penyelenggaran percuma lima tahun/100,000 km dan pakej tint keselamatan SkyTint. 

 


Untuk spesifikasi penuh, nantikan laporan daripada kami pada majlis pelancaran rasmi Mazda3 yang diimport sepenuhnya (CBU) dari kilang Jepun untuk pasaran Malaysia pada 17 Julai ini. 

Sumber: Paultan

Berita Berkenaan

Berita Global
Sayang sekali, ia bukanlah merujuk kepada kelahiran semula jenama Mazdaspeed, akan tetapi mereka…
Berita Global
  Dari luar, Mazda3 untuk pasaran Jepun ini nampak sama sahaja kecuali warna baharu Ceramic…
Berita Domestik
Pemenang anugerah World Car Design 2020 dan Red Dot Design 2019 itu kini didatangkan dengan…