Harga rasmi Honda City Hatchback RS e:HEV diumumkan, dari RM107,783

oleh Mohamad Hanif|
Setelah dua bulan pelancaran rasmi dibuat, Honda Malaysia hari ini mengumumkan harga jualan sebenar bagi varian hibrid City Hatchback RS e:HEV untuk pasaran Malaysia, bermula dari RM107,783.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, "sejak dilancarkan pada Disember 2021, sambutan yang diterima dari rakyat Malaysia adalah cukup menggalakkan. Sehingga kini, kami telah menerima lebih daripada 5,200 unit tempahan.

"Kami amat yakin pakej yang ditawarkan oleh City Hatchback RS e:HEV ini mampu meletakkan tanda aras yang tersendiri di dalam pasaran, seperti pakej penggayaan, trenkuasa e:HEV, keselamatan Honda SENSING, serta sistem telematik Honda CONNECT.
 

c


Sebagai makluman, City Hatchback RS e:HEV dilengkapi dengan trenkuasa motor elektrik berkembar i-MMD (intelligent Multi-Mode Drive) yang mampu menjana kuasa setinggi 109 PS dan daya kilas 253 Nm.

Untuk membezakannya dengan varian City yang lain, varian RS diserikan dengan penggunaan warna dua tona dengan komponen seperti gril hadapan, solid wing dan cermin sisi berwarna hitam, kemasan pada bahagian gril bawah, perumah lampu kabus dan bampar belakang, serta rim aloi bersaiz 16 inci.
 

Baca: Spesifikasi Honda City Hatchback 2021

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sama seperti keluaran sebelum ini, ia masih mengekalkan enjin 1.0 liter turbo dan juga versi hibrid…
Berita Domestik
  HMSB turut memberi kenyataan bahawa mereka juga berjaya menerima lebih 105,000 tempahan dari…
Berita Domestik
Kempen panggil semula ini merupakan salah satu daripada langkah keselamatan berjaga-jaga yang…