Harga rasmi BMW X5 xDrive50e M Sport baharu bermula dari RM486,800

oleh Firdaus Razani|
Awal bulan lalu, BMW Malaysia secara rasminya telah melancarkan varian PHEV terbaharu bagi Sports Activity Vehicle (SAV) iaitu BMW X5 xDrive50e M Sport dengan harga anggaran sekitar RM530,000.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hari ini, BMW Malaysia baru sahaja mengumumkan harga rasmi bagi BMW X5 xDrive50e M Sport itu berserta Pelan Pembiayaan ‘Easy Drive’ dan Pengalaman Pemilikan Premium oleh BMW Group Malaysia.

Dikenali sebagai ‘The Boss’, model terbaharu ini hadir dalam varian M Sport serta antara barisan kenderaan premium keluaran BMW Group yang dipasang di dalam negara untuk pasaran Malaysia.

 

bmw X5

 

Model BMW X5 xDrive50e M Sport yang telah diperbaharui ini didatangkan dengan enjin petrol 3.0 liter turbocas enam sebaris yang digabungkan dengan motor elektrik yang telah dinaik taraf dengan janaan bateri lithium-ion berkapasiti 25.7kWh itu mampu menghasilkan kuasa output 489hp dan 700Nm tork.

 

bmw X5

 

Dengan gabungan motor elektrik itu, ia mampu bergerak dengan pacuan elektrik sejauh 110 km dan sistem pengecasan AC 7.4 kW yang telah ditambah baik membolehkan bateri dicas 0-100 peratus dalam masa 4.5 jam sahaja.

 

bmw X5

 

Selepas Rebat Tunai ‘Easy Drive’ berjumlah RM10,000 yang ditawarkan sehingga 31 Mac 2024 terpakai, BMW Group Financial Services Malaysia menawarkan Pelan Pembiayaan ‘Easy Drive’, pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM6,014 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus bagi tempoh lima tahun), berdasarkan terma dan syarat.

 

bmw X5

 

Pemilik BMW X5 xDrive50e M Sport baharu juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi: 

• Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW 

• Servis Dalam Talian BMW 

 

Harga jualan rasmi bagi BMW X5 xDrive50e M Sport baharu termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) ialah RM486,800.

 

bmw X5

 

Manakala inklusif Servis dan Pembaikan BMW yang melitupi waranti lanjutan sehingga lima tahun dan pakej servis ialah berjumlah RM41,300.

Para pelanggan boleh menghubungi wakil pengedar BMW terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai BMW X5 xDrive50e M Sport baharu.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
BMW X5 xDrive50e baharu ini telah didatangkan dengan pakej M Sport secara standard dan mendapat…