Harga Polestar 2 Launch Edition bermula dari RM253k di UK

oleh Mohamad Hanif|
Divisyen prestasi Volvo Cars, Polestar telah pun mengumumkan harga jualan bagi model kedua syarikat serta model pertama berkuasa elektrik, Polestar 2 untuk pasaran UK menerusi laman web konfigurator dalam talian.

Model yang pertama kali membuat kemunculan di Geneva Motor Show pada Mac lalu kini boleh didapati pada harga bermula dari £49,000 (RM252,765*) untuk versi Launch Edition. 

 


Polestar 2 Launch Edition didatangkan lengkap dengan Performance Pack yang merangkumi komponen peredam Ohlins, brek Brembo berprestasi tinggi serta rim aloi bersaiz 20 inci. 

Dari segi teknikal, ia dibangunkan berdasarkan platform CMA Volvo serta menawarkan pek bateri 78 kWh, motor elektrik berkembar yang mampu menghantar kuasa setanding 402 ekor kuda dan 660 Nm daya kilas kepada dua gandar. 

Menurut standard EPA, Polestar 2 dikatakan mampu memberikan jarak operasi sejauh 442 km, manakala data kitaran WLTP Eropah pula sedikit jauh, kira-kira 500 km.
 


Untuk tempoh 12 bulan pertama, para pembeli hanya akan ditawarkan dalam varian Launch Edition sahaja, manakala versi asas berharga €39,900 (RM182,726) yang tidak disertakan perinciannya akan menyusul kelak. 

Polestar 2 akan dipasang di kilang Polestar China manakala fasa penghantaran ke seluruh dunia hanya akan bermula pada pertengahan tahun hadapan. 
 


Sebut pasal pasaran global, hanya beberapa pasaran sahaja akan menerima Polestar 2 termasuklah China, Amerika Syarikat, Kanada, UK, Belgium, Jerman, Netherlands, Norway dan tanah tumpahnya minyak hitam Volvo, Sweden. 
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Data jualan bulan Februari di Eropah kini menunjukkan kebangkitan permintaan terhadap sedan…
Berita Global
Segmen yang selama ini didominasi oleh Tesla Model 3 dan model yang bakal dilancarkan tidak lama…
Berita Global
Setelah beberapa gambar acah diterbitkan untuk tatapan warga netizen, Polestar akhirnya melancarkan…