Harga pas perjalanan Bas.My untuk warga Malaysia turun kepada RM30 sebulan

oleh Penyumbang Rencana|
foto Sinar Harian
Harga pas perjalanan Bas.My di seluruh negara bakal diturunkan daripada RM50 kepada hanya RM30 sebulan sekali gus membolehkan rakyat menikmati perjalanan tanpa had dengan kos serendah RM1 sehari.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah itu bukan sahaja membantu meringankan kos sara hidup rakyat rakyat, malah mampu menjimatkan RM200 hingga RM300 setiap bulan.

“Kita tahu ada yang tinggal di Kulai, Pasir Gudang atau kawasan luar Johor Bahru dan bergantung sepenuhnya dengan bas untuk ke tempat kerja. Dengan pas RM30 ini, mereka boleh berjimat besar.

“Inisiatif itu hanya terpakai untuk warga Malaysia, manakala bukan warganegara masih perlu membayar tambang penuh.

“Penurunan harga pas itu juga akan diperluaskan ke semua negeri yang mempunyai perkhidmatan Bas.My supaya lebih ramai rakyat menikmati manfaat sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti Bas.My Johor Bahru di Henti Bas Sutera Mall di Johor Bahru pada Isnin.

Setakat ini, perkhidmatan Bas.My beroperasi di Kangar, Perlis: Alor Setar, Kedah; Ipoh, Perak; Seremban, Negeri Sembilan; Melaka, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kelantan serta Kuching, Sarawak dan akan diperluaskan di Kuantan.

Kosmo

Berita Berkenaan

Informasi
Bagi pelaksanaan di Kuching dan Samarahan, beliau berkata, ia bakal memanfaatkan kira-kira 2,350…
Berita Domestik
"Tahun depan dengan siapnya ECRL, orang ramai di Kuantan akan mempunyai satu lagi pilihan…
Berita Domestik
Pelancaran itu turut dihadiri wakil Menteri Besar Pahang, YB Dato’ Ir. Razali Kassim selaku EXCO…