Harga MPV tidak akan naik

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Minggu lalu negara dikejutkan dengan tindakan pihak Kastam Dan Eksais Diraja yang mengubah status MPV dengan enjin dersaiz 1,500 cc ke bawah kepada status van yang menyebabkan eksais duti untuk MPV tersebut meningkat dari 60 peratus ke 65 peratus. Desas-desus tersebut disokong pula dengan perkhabaran sebuah syarikat Jepun akan menaikkan harga MPV mereka di dalam kategori 1,500 cc ke bawah sebanyak RM3,000 untuk menampan kenaikan kadar eksais duti tersebut. Careta bagaimanapun diberitahu bahawa sudah ada agensi kerajaan yang melihat akan masalah itu dan berusaha untuk menukar kembali status MPV di bawah 1,500 cc kembali kepada status MPV dan bukan van. Menurut sumber Careta, agensi kerajaan terbabit berkata tindakan menaikan kadar taraf eksais duti itu bercanggah dengan kempen keselamatan yang disokong oleh kerajaan pusat, iaitu memastikan kenderaan mesra keluarga lebih mampu milik. Baru sebentar tadi Careta diberitahu bahawa agensi kerajaan tersebut telah berjaya membuat "reversal" dan kerana itu, agensi itu menjangkakan tidak akan ada sebarang peningkatan harga akibat kenaikan eksais duti. Berita tersebut akan diumumkan secara rasmi esok (Rabu, 12 April 2017).