Harga motosikal bakal naik 5 ke 10 peratus - ini antara puncanya

oleh Mohamad Hanif|
Baru-baru ini laporan akhbar menyatakan bahawa harga motosikal dalam pasaran tempatan dijangka akan meningkat dalam masa terdekat ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut sumber industri yang ditemuramah Careta, peningkatan harga kali ini bukan disebabkan oleh pengedar-pengedar, tetapi dari pengeluar-pengeluar motosikal itu sendiri.

“Pengeluar tidak ada pilihan lain tetapi untuk meningkatkan harga kerana kos pembuatan sudah meningkat,” ujar beliau melalui perbualan telefon.

Beliau seterusnya menyenaraikan beberapa sebab peningkatan kos pembuatan motosikal tempatan:

1. Pelaksanaan gaji minimum negara
Gaji minimum RM1,500 yang berkuat-kuasa 1 Mei lalu adalah antara punca kenaikan kos pengeluaran.
Ia juga membabitkan vendor-vendor komponen automotif dan peningkatan kos yang dialami mereka akan “dialihkan” kepada pengeluar.
Ia bermakna pihak pengeluar akan berdepan dengan kos buruh yang meningkat dan juga harga komponen yang turut dinaikkan.

2. Pemindahan tenaga buruh ke sektor E&E
Permintaan yang tinggi dari sektor E&E (Electrical and Electronics) juga menyebabkan sektor automotif kekurangan pekerja kerana ramai yang berhijrah ke sektor itu.
Sektor E&E tempatan sedang mengalami pertumbuhan permintaan yang mendadak dan kebanyakan kilang-kilang E&E menjanjikan gaji yang tinggi serta kontrak pekerjaan dari tiga hingga lima tahun.
Pulau Pinang diberitakan akan melihat penambahan kilang-kilang E&E baharu dalam masa antara 18 ke 24 bulan ini.
Untuk menjamin bekalan pekerja, sektor automotif terpaksa meningkatkan tangga gaji agar dilihat lebih berdaya saing.

3. Kos latihan
Pengambilan pekerja-pekerja baharu bermakna pengeluar-pengeluar kenderaan memerlukan tambahan dana untuk latihan pekerjaan.
Ini bukan sahaja melambatkan proses pengeluaran tetapi meningkatkan lagi kos operasi.

4. Kos logistik yang meningkat
Pemandu-pemandu lori nampaknya turut berpindah profesion kerana bidang lain yang menjanjikan pendapatan yang lebih tinggi serta waktu pekerjaan yang lebih singkat.
Insiden ini menjadikan kos operasi syarikat logistik meningkat dan mengenakan caj yang lebih tinggi kepada pelanggan mereka, termasuk pengeluar-pengeluar automotif.

“Kenaikan harga dijangka antara lima ke 10 peratus,” tambah sumber Careta lagi dan ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

“Peningkatan harga tidak boleh dilakukan secara mendadak kerana ia akan mengejutkan pasaran. Ini bukan seperti isu minyak masak negara.

Apa yang penting, pihak pengeluar memang sedang mencuba sedaya upaya untuk mencari jalan penyelesaian terbaik kerana peningkatan harga yang terlalu banyak akan menjadi beban kepada pengguna dan akhirnya, kerugian kepada pihak pengeluar,” ujarnya lagi.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebagai langkah bagi mengatasi masalah tersebut, Boon Siew Honda kini menawarkan pakej harga tetap…
Berita Domestik
  "Begitu juga di MODENAS, di mana banyak perkara harus diambilkira bagi mengekalkan operasi untuk…