Harga minyak turun untuk 11-17 Mei

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan pengumuman rasmi terkini oleh KPNKK sebentar tadi, harga minyak petrol bagi RON95 dan RON97 turun sebanyak sepuluh sen. Ini menjadikan harga runcit bagi RON95 adalah RM2.01 seliter, manakala RON97 RM2.29 seliter.

Harga diesel pula turun sebanyak 13 sen, menjadikan harga diesel terkini RM1.95 seliter.

Harga petrol ini akan berkuat kuasa bermula jam 12.01, awal pagi hari Khamis (11 Mei 2017) hingga tarikh 17 Mei 2017, jam 11.59 malam.

Harga terkini bahan bakar mulai 11 Mei hingga 17 Mei 2017:

 

RON95- RM2.01 (-10 sen)

RON97- RM2.29 (-10 sen)

DIESEL- RM1.95 (-13 sen)

EURO 5- RM2.05 (-13sen)