Harga minyak mentah US kembali naik ke paras positif

oleh HEZERI SAMSURI|
Harga minyak mentah US mula melambung naik semula ke paras positif hari ini selepas ia menjunam ke bawah sifar semalam.

Menurut laporan-laporan terkini, harga pasaran komoditi itu untuk penghantaran bulan Mei naik kepada US$39 (mengikut tanda aras West Texas Intermediate) tetapi harga sekarang cuma US$1.76 setong.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Harga pasaran minyak Brent pula naik dua peratus kepada US$26.25 hari ini.

Apapun, kejatuhan harga semalam menunjukan bagaimana wabak coronavirus telah menggangu prestasi ekonomi dan akan terus menggugat proses pemulihan kewangan global.

Agensi Reuters berkata dunia akan tetap dibelenggu masalah lambakan stok minyak dan ia akan mengambil masa sebelum permintaan yang kukuh kembali.


 

Berita Berkenaan

Informasi
Ia juga menemui beberapa pakej takungan batu pasir Campanian yang mengandungi minyak. Penilaian…
Informasi
  Penemuan penting ini dibuat dalam Kawasan Sertaan Bersama Sépia, meliputi kontrak Pemindahan Hak…
Informasi
  Promosi terkini dari Shell dan Shopee adalah pulangan tunai sebanyak RM4.00 yang telah bermula…