Harga minyak menjunam!

oleh SALINA JALIL|
Harga minyak turun mendadak hari ini ketika pengeluar utama berusaha untuk memuktamadkan perjanjian penting mengenai pemotongan output dalam usaha untuk mengekang keruntuhan dalam permintaan akibat pandemik coronavirus.


Penanda aras minyak Amerika Syarikat (AS), West Texas Intermediate turun 9.3 peratus kepada AS$22.76 setong pada dagangan pagi Asia manakala Brent, penanda aras antarabangsa, turun 4.1 peratus kepada AS$31.48 setong.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Harga minyak bergelut pada paras terendah hampir dua dekad disebabkan kejatuhan permintaan susulan aktiviti ekonomi yang semakin berkurangan di tengah-tengah wabak COVID-19, dengan situasi itu diburukkan oleh perang harga antara Arab Saudi dan Russia.

 

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) termasuk Riyadh, dan sekutu OPEC+ termasuk Moscow, serta ahli bukan utama lain, mula mengadakan perbincangan melalui persidangan video pada petang Khamis.

 

Syarikat minyak milik Venezuela, PDVSA berkata Arab Saudi dan Russia telah mencadangkan pengurangan pengeluaran sekitar 10 juta tong sehari, dan negara itu menyokong langkah itu.

 

Sementara itu, Presiden AS, Donald Trump, berkata pengeluar "semakin hampir dengan perjanjian", susulan daripada persidangan video dengan Presiden Russia, Vladimir Putin dan pemimpin Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

 

Namun, Bloomberg News melaporkan bahawa perjanjian sementara bagi pemotongan pengeluaran itu diancam dengan keengganan Mexico untuk turut serta dan perbincangan akan diteruskan pada Jumaat.

 

 

Barrons.com

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penganalisis PublicInvest Research, Sabrina Edora, berkata harga sebenar RON95 dijangka mencecah…
Berita Global
  Menteri Tenaga, Arifin Tasrif berkata, harga petrol bersubsidi dinaikkan kepada 10,000 rupiah (…
Berita Global
Menurut laporan daripada WISN 12 News, pasukan undang-undang Woodman's menyatakan apa yang…