Harga minyak jatuh bawah US$11 - kejatuhan terbesar sejak 1998

oleh HEZERI SAMSURI|
Pasaran minyak mentah mengalami kemerosotan terbesar dalam tempoh sehari bila ia mencapai harga di bawah paras US$11 setong - penurunan sehingga 40 peratus.

Walaupun minggu lalu Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum + (OPEC+) sudah bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran bagi mengawal harga pasaran minyak mentah, lebihan bekalan masih lagi berlaku.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengurangan permintaan minyak turun sebanyak satu pertiga kerana perintah kawalan oleh semua negara akibat wabak pandemik coronavirus.

"Tidak ada batasan kepada penurunan harga jika simpanan minyak sudah penuh, malah harganya boleh turun kepada negatif pun," ujar Pierre Andurand, ketua dana lindung nilai minyak (oil hedge fund) melalui akaun Twitter beliau.

Dalam dagangan awal di pasaran New York pagi tadi, harga West Texas Intermediate jatuh serendah US$10.96 setong, paling rendah sejak tahun 1998.

Harga pasaran Brent juga menurun 7.1 peratus kepada US$26.08.

Ketua Komoditi untuk Standard Chartered, Paul Horsnell pula berpendapat walaupun kebanyakan negara sudah mula mengurangkan pengeluaran minyak mereka, ia tidak dilakukan dengan cukup pantas bagi mengelakkan fasiliti simpanan di seluruh dunia mencapai tahap maksimum.

Indonesia contohnya sudah mula menggunakan kapal tangki sewa untuk menyimpan bekalan berlebihan.

Tidak terkejut jika pengeluar-pengeluar petroleum terpaksa membayar untuk mengurangkan simpanan berlebihan mereka akibat pasaran minyak yang perlahan ini.

Bob McNally, pengasas sysarikat perunding Rapidan Energy Group yang juga pernah bertugas di White House berkata mekanisma penentu harga minyak ini memang kejam tetapi ia adalah pengimbang pasaran minyak yang efektif.

"Harga boleh jatuh kepada paras satu digit jika pengeluar minyak tidak menutup operasi mereka," katanya.

* Laporan dari Bloomberg dan The Star

 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Langkah itu adalah pengurangan pengeluaran terbesar sejak tahun 2020 akibat pengurangan permintaan…