Harga minyak dijangka meningkat kembali 

oleh HEZERI SAMSURI|
Harga bahanapi dunia dijangka akan meningkat semula selepas mesyuarat OPEC+ (Organisation of the Petroleum Exporting Countries) yang bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran global komoditi tersebut sebanyak 2 juta tong sehari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Langkah itu adalah pengurangan pengeluaran terbesar sejak tahun 2020 akibat pengurangan permintaan (pengeluaran diturunkan sebanyak hampir 10 juta tong sehari).

OPEC+ yang diketuai oleh Arab Saudi dan Russia mahu mengurangkan pengeluaran bagi menyekat penurunan harga dari menjadi bawah US$80 setong (harga sekarang ialah US$90 setong).

Ramai pihak sedang menunggu tindak balas dari US yang dari awal menuduh organisasi itu lebih berpihak kepada Russia dan negara Uncle Sam itu sendiri sudah meletakan had harga untuk bahanapi dari Rusia walaupun OPEC+ menyuarakan kebimbangan tindakan US itu akan memberi kesan kepada harga bahan mentah tersebut dari negara-negara lain.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengurangan permintaan minyak turun sebanyak satu pertiga kerana perintah kawalan oleh semua negara…