Harga minyak - belum ada kata putus

oleh HEZERI SAMSURI|

Kabinet masih lagi tidak dapat membuat keputusan berkaitan harga minyak. 

Semalam, sidang Kabinet bermesyuarat untuk menentukan nasib lebih kurang 3,500 pengusaha stesen minyak yang bakal kerugian jika harga minyak turun.

Seramai 32,000,000 penduduk Malaysia sekarang ini menunggu keputusan apungan harga minyak mingguan yang bakal menyaksikan harga bahanapi itu menurun, selaras dengan harga pasaran global.

Semalam, Persatuan Pengedar Petroliam Malaysia (PDAM) bertemu dengan Perdana Menteri untuk menyampaikan sokongan dan cadangan mereka akan proses penukaran sistem tersebut.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pula menegaskan sistem apungan kali ini berbeza dari yang dahulu kerana ia direka untuk membantu rakyat di mana harga minyak akan diapungkan apabila harga bahanapi petrol RON95 menurun tetapi kerajaan akan memberi subsidi jika harganya melangkau RM2.20 seliter.

Tahun lalu, negara pernah menggunakan sistem apungan mingguan atas dasar menjimatkan perbelanjaan negara kerana perlu memberi subsidi kepada harga bahanapi tersebut.


 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut pengumuman terbaharu itu, harga RON97 turun 19 sen, manakala RON95 dan diesel kekal tidak…
Berita Domestik
Memetik laporan Sin Chew Daily, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,…
Berita Domestik
"Setakat ini ya (harga siling kekal), tetapi kita akan lihat perkara (faktor) lain. "Pertimbangan…