Berikut merupakan senarai harga jualan runcit mingguan bahan api RON95, RON97 dan Diesel.
Sebelum ini harga bahan api kekal sama selama dua minggu berturut-turut, namun minggu ini harga bahan api nampaknya ada sedikit kenaikkan.
Harga bahan api dari 27 Julai hingga 2 Ogos 2017 berkuatkuasa bermula jam 12.01, awal pagi hari Khamis hingga 2 Ogos 2017 jam 11.59 malam.
Harga petrol RON95 dan RON97 naik sebanyak enam sen.
Ini menjadikan harga runcit bagi RON95, RM2.03 seliter dan RON97, RM2.28 seliter.
Diesel pula naik sebanyak tiga sen menjadikan harga runcitnya RM1.99 seliter.
Harga bahan api terkini;
- RON95 (+ 6 sen) RM2.03
- RON97 (+ 6 sen) RM2.28
- Diesel (+ 3 sen) RM1.99
- Euro 5 (+ 3 sen) RM2.09