Harga Mazda3 2.5 Turbo lebih mahal daripada Golf GTI di US!

oleh Mohamad Hanif|
Bulan lalu, Mazda akhirnya secara rasmi melancarkan 'hot hatch tidak rasmi' mereka yang didatangkan dengan nadi Skyactiv-G 2.5 liter turbo.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Harga jualan rasmi Mazda3 Turbo juga turut didedahkan, bermula dari $29,900 (RM125,356) di Amerika Syarikat, dan sebagai makluman lebih mahal $1,305 (RM5,471) berbanding model VW Golf GTI berkuasa 228 hp ($28,595).

 


Mengikut spesifikasi yang dibekalkan, nadi turbo tersebut mampu menghasilkan 250 kuasa kuda dan 433 Nm daya kilas (sekiranya menggunakan bahan api premium), dan angka tersebut jatuh kepada 227 hp/420 Nm sekiranya menggunakan bahan api biasa.

Kuasa tersebut disalurkan kepada semua roda menerusi transmisi automatik enam kelajuan, namun Mazda tidak mendedahkan prestasi pecutan sebenar Mazda3 Turbo.

 


Perbezaan antara model 2.5 turbo dengan model lain adalah tip ekzos yang lebih besar, set rim aluminium hitam bersaiz 18 inci, pelindung cermin sisi hitam berkilat, lencana Turbo, serta lampu utama automatik dengan lampu nyalaan siang LED.

Sementara model sedan pula didatangkan dengan gril hadapan berwarna hitam berkilat dan dekorasi pada bahagian bawah bumper hadapan.

Mazda USA juga turut menawarkan pakej aksesori di mana para pembeli boleh memilih untuk mendapatkan kit aero bernilai $1,075 atau $1,900 yang merangkumi diffuser belakang, skirt sisi, lip hadapan dan spoiler belakang.

 


Selain daripada itu, para pembeli juga boleh melengkapkan hot hatch mereka dengan set rim BBS hitam berkilat dengan nilai tambahan $918.95 (RM3,852.70).