Harga kereta CKD dijangka naik hingga 20 peratus tahun depan - MAA

oleh Mohamad Hanif|
Harga kereta pemasangan tempatan (CKD) dijangka meningkat lapan hingga 20 peratus pada 2023 berdasarkan perkiraan nilai pasaran terbuka (OMV) duti eksais yang baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata bagaimanapun pihak industri meminta kerajaan mengembalikan perkiraan lama bagi membendung kenaikan harga kereta CKD.

"Duti eksais tersebut ditangguhkan pada 2020 sehingga penghujung 2022, dan akan dijalankan semula bermula tahun hadapan.

"Kita (MAA) telah menghantar kertas cadangan kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk kembali kepada polisi yang lama di mana hanya kos item bukan pembuatan sahaja dimasukkan dalam pengiraan OMV, yang akan mengurangkan harga kenderaan itu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat agung tahunan MAA di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata, OMV merupakan nilai akhir pasaran yang ditetapkan bagi kenderaan CKD yang siap dari kilang, sebelum kerajaan mengenakan duti eksais ke atasnya.

Perkiraan baru duti eksais Malaysia disediakan oleh MOF semasa pentadbiran Pakatan Harapan dan telah diwartakan pada 31 Disember 2019.

Aishah berkata, sehingga kini MAA masih belum menerima maklum balas daripada pihak MOF.

Syarikat automotif tidak akan meningkatkan margin, namun peningkatan harga kereta adalah disebabkan kenaikan cukai, katanya.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Malah, katanya, insentif yang mula dinikmati sejak Jun 2020 itu bukan hanya membantu rakyat…
Berita Domestik
Sebelum ini, Timbalan Menteri Perdangangan Antarabangsa dan Industri, Dr. Ong Kian Ming berkata…
Uncategorized
Suka untuk diingatkan bahawa sesetengah model-model pemasangan tempatan (CKD) menyaksikan penurunan…