Harga kenderaan "recond" meningkat mulai 1 Mac lalu

oleh HEZERI SAMSURI|
Harga pasaran untuk kenderaan pasang siap diimport terpakai (recond atau reconditioned) telah meningkat mulai 1 Mac lalu.

Ini berikutan pengumuman penilaian terbaharu untuk Nilai Kos, Insuran dan Tambang (CIF) bagi kenderaan tersebut yang digazetkan oleh kerajaan Malaysia di bawah Seksyen 12 Akta Kastam 1967 (Act 235).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut sumber Careta, peningkatan Nilai CIF akan menjadikan harga jualan meningkat kerana kesemua cukai-cukai yang terbabit (duti import, duti eksais dan cukai jualan) adalah berdasarkan harga CIF.

"Bila harga CIF meningkat, maka jumlah yang dikenakan cukai juga meningkat," ujar beliau.

"Kesemua model-model popular di pasaran recond mengalami peningkatan tersebut. Contohnya, harga MPV mewah Toyota Alphard dan Velfire meningkat antara RM10,000 ke RM15,000," tambahnya lagi.

Kenaikan yang banyak itu mustahil untuk diserap semuanya oleh pengimport dan kemungkinan besar kenaikan itu akan dirasakan oleh pasaran.

Ini juga akan merapatkan lagi jurang harga antara kenderaan import terpakai ini dengan model-model baharu yang dijual oleh pengedar rasmi di Malaysia. 

Di bawah ialah antara model-model recond popular yang bakal melihat peningkatan harga model-model dari jenama:

  • Alfa Romeo
  • Audi
  • Aston Martin
  • Bentley
  • BMW
  • Chrysler
  • Dodge
  • Ferrari
  • Fiat
  • Ford
  • Honda
  • Infiniti
  • Jaguar
  • Jeep
  • Lamborghini
  • Land Rover/Range Rover
  • Lexus
  • London Taxi
  • Maserati
  • Mazda
  • Mc Laren
  • Mercedes Benz
  • Mini
  • Mitsubishi
  • Nissan
  • Porsche
  • Rolls Royce
  • Smart
  • Subaru
  • Toyota
  • Tesla
  • Volkswagen

Berita Berkenaan

Berita Domestik
GMR telah pun beroperasi sejak tahun 2015, dan ini merupakan tahun kelima syarikat itu di dalam…
Berita Domestik
Menurut Aliff, 34, Pengarah Urusan Ifcon Technology dan juga bekas pelajar MRSM Batu Pahat, Scrut…
Berita Domestik
Manakan tidaknya, kereta nampak cantik sahaja di luar, hakikatnya kondisi kereta tersebut…