Harga kenderaan mampu milik di Indonesia melonjak naik

oleh HEZERI SAMSURI|


Dua tahun lalu, kerajaan Indonesia memperkenalkan konsep LCGC atau Low Cost Green Car untuk membantu meningkatkan industri automotif negara tersebut.

Hasilnya, tahun 2016 menyaksikan peningkatan penjualan kenderaan sebanyak 27.6 peratus. Namun begitu, jualan kenderaan LCGC mula menurun sejak tahun 2017, dengan pertumbuhan hanya 0.3 peratus.

Jualan tahun lalu sehingga Februari 2018 mencatat 34,879 unit kenderaan LCGC, berbanding 44,092 unit dalam tempoh yang sama sebelum itu.

Antara yang dipercayai punca penguncupan pasaran ialah kenaikan harga kenderaan LCGC.

Contohnya, harga Toyota Agya lima tahun lalu ialah antara RM28,000 dan RM34,000. Harga itu terus meningkat dari RM36,000 hingga RM42,700 dalam tahun 2016.

Tahun lalu, ia naik kepada RM37,500 hingga RM43,000.

 

 

Model-model LCGC lain yang mencatatkan kenaikan harga yang banyak ialah Toyota Calya.  Semasa pelancaran Calya dalam tahun 2016, ia berharga dalam lingkungan RM36,500 hingga ke RM42,200.

Calya sekarang berharga dari RM38,100 hingga RM43,000.

Projek LCGC ialah khusus untuk kenderaan mampu milik dengan enjin 1,200 cc ke bawah untuk petrold an 1,500 cc untuk diesel. 

Kadar penggunaan bahan api pula mestilah pada 20km/l atau lebih rendah dan ia mesti dibina di dalam Indonesia dengan menggunakan sekurang-kurangnya 60 peratus komponen tempatan.  Jika syarat-syarat itu ditepati, kerajaan Indonesia tidak akan mengenakan Cukai Mewah ke atas kenderaan itu.

 

 

Toyota Agya ialah sama dengan Perodua Axia di Malaysia. Axia kini dijual dari harga RM24,000 hingga RM41,500.

Namun begitu, Toyota Agya datang dalam dua varian, 1.0L dan 1.2L manakala Perodua menawarkan hanya enjin 1.0L untuk Axia. 

Perodua Axia Standard E Manual ialah kenderaan baharu paling mampu milik di rantau Asia Tenggara dengan enjin 1.0L, transmisi manual dan harga dari RM24,000. 

Walaupun termurah, ia masih datang dengan dua beg udara dan keputusan ujian pelanggaran ASEAN NCAP pada 4-bintang.

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Toyota masih kekal dengan kedudukan sebagai jenama automotif nombor satu di dunia apabila…
Berita Global
Starlet Glanza yang pernah popular dahulu sebagai JDM yang kompak tapi berkuasa.  Walaupun pada…
Berita Domestik
Pengumuman demi pengumuman berkaitan kerjasama Toyota, abang kepada Daihatsu/Perodua dengan…