Harga jualan Rivian R1T, R1S dijangka lebih murah

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu perkembangan terkini, Rivian telah mengumumkan harga anggaran jualan bagi kedua-dua buah model trak pikap R1T dan juga SUV R1S, dimana menurut laporan Reuters, ia dianggarkan jauh lebih rendah berbanding harga asal yang diumumkan.

Menerusi satu acara yang bertempat di Mill Valley, California, pengasas dan CEO Rivian, R.J. Scaringe berkata, harga jualan bagi trak pikap R1T akan bermula dari paras $69,000 (RM209 ribu). 

Namun, harga tersebut dikhabarkan untuk varian trak pikap elektrik yang dilengkapi dengan bumbung kaca khas, dan bukan harga jualan permulaan. 

Ini bermakna, harga jualan untuk varian terendah sepatutnya lebih rendah berbanding nilai yang disebutkan itu tadi ($69,000). 

Setakat ini, sambutan tempahan yang diterima cukup memberangsangkan, namun Rivian mengingatkan bahawa tempoh menunggu mungkin tidak sepantas yang disangka disebabkan terlalu ramai yang telah pun meletakkan wang tempahan. 

 


Model trak pikap aras mula R1T akan dilengkapi dengan empat motor elektrik (402 hp/560 Nm) serta pek bateri 105 kWh yang membenarkan jarak operasi sejauh 370 km. 

Versi pertengahan pula didatangkan dengan talaan kuasa 753 hp dan 1,120 Nm serta pek bateri berkapasiti 135 kWh (jarak operasi 483 km), manakala varian teratas pula hadir dengan kuasa 700 hp/1,120 Nm dengan pek bateri 180 kWh yang menawarkan jarak operasi sejauh 644 km.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut perkongsian pemiliknya Jed melalui saluran YouTube miliknya, Jetters Garage, dia telah…
Berita Global
Menurut laporan CarExpert, 8,500 unit EV tersebut terdiri daripada trak pikap Toyota HiLux dan Land…
Berita Global
Tidak banyak informasi didedahkan oleh Ram buat masa ini. Namun, pengeluar itu mengesahkan trak…