Harga jualan Proton X50 bakal diketahui 27 Oktober ini

oleh Mohamad Hanif|
Spesifikasi pun sudah diketahui, prestasi pun sudah diuji secara ringkas di Litar Antarabangsa Sepang tempoh hari, dan tinggal satu sahaja perkara yang membuatkan ramai tertunggu-tunggu - harga jualan sebenar Proton X50 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Usah risau kerana menurut satu hantaran di laman Facebook rasmi Proton, SUV segmen B itu akan dilancarkan secara rasmi menerusi acara virtual tepat jam 10.50 pagi.

 


Menurut laporan daripada beberapa media tempatan, Proton X50 nyata menjadi pilihan apabila berjaya mencatatkan tempahan sekitar 20,000 unit semenjak tempahan dibuka pada Hari Malaysia tempoh hari.

Terdapat sehingga empat varian utama ditawarkan, dimana varian tertinggi mendapat enjin 1.5 liter turbo tiga silinder sebaris TGDi yang menghasilkan 177 hp dan 255 Nm.

 


Sementara tiga varian terendah mendapat nadi bersesaran serupa, namun dengan teknologi port injection yang menghasilkan 147 hp dan 226 Nm sahaja.

Kedua-dua enjin tersebut dipadankan dengan transmisi DCT tujuh nisbah kelajuan.

Kelengkapan standard yang dipasang pada Proton X50 CKD ini adalah lampu utama automatik, sistem pendingin hawa automatik, corong pendingin hawa baris kedua, skrin sentuh 10.25 inci dengan sistem operasi GKUI 19, dan empat unit beg udara.

 


Namun, versi 1.5 TGDi mendapat kelengkapan tambahan seperti Sistem ADAS 2.0 yang merangkumi Sistem Informasi Titik Buta, Bantuan Suluhan Tinggi Pintar, Amaran Pelanggan Hadapan, Intelligent Cruise Control dan banyak lagi ciri moden.

Baca: Spesifikasi Proton X50 2020

Tunggu sahaja berita berkenaan pelancaran rasmi Proton X50 di Careta.my, namun sebelum itu, layan dulu video pandu uji ringkas Proton X50 di Litar Sepang pada pautan di bawah:

 

 

Baca: Lima Sebab Kenapa Anda Tidak Patut Beli Proton X50

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Hasil siasatan mendapati, kereta yang terlibat adalah Proton X50, namun nombor pendaftaran tidak…
Informasi
  Penawaran SUV juga mengubah pandangan dan penerimaan pengguna terhadap jenama nasional itu.…
Berita Domestik
Angka pada bulan September itu menyumbang kepada jualan tahun sehingga kini (YTD) untuk tahun  2023…