Harga jualan Mazda3 tertiris - bermula dari RM137 ribu?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rasanya baharu sahaja tengah bulan yang lalu kami siarkan gambar model pandu uji sedan/hatchback Mazda3 yang dilihat di sekitar Thailand

Ini bermakna, negara jiran kita bakal mendapat model terbaharu daripada Mazda dalam masa terdekat setelah ia membuat penampilan rasmi di Singapore Motorshow 2019.

Tidak lama selepas itu, kami mendapat info dalaman yang memaparkan senarai harga jualan bagi Mazda3 yang dikatakan bakal membuat kemunculan rasmi tidak lama lagi. 
 


Menariknya, untuk pasaran Malaysia generasi baharu Mazda3 kali ini ia akan ditawarkan dalam dua versi enjin, iaitu 1.5 Skyactiv-G dan juga 2.0 liter Skyactiv-G.

Harga jualan yang dianggarkan pula adalah seperti berikut:

Mazda 3 1.5L Skyactiv Sedan/Hatchback – RM137,000
Mazda 3 2.0L H Skyactiv Sedan – RM147,000
Mazda 3 2.0L H+ Skyactiv Sedan/Hatchback – RM157,000

Jika anda tertanya-tanya kenapa harganya sedikit mahal berbanding generasi Mazda3 terdahulu, ini adalah kerana Mazda3 serba baharu diimport sepenuhnya dalam bentuk CBU, dan bukan pemasangan tempatan. 
 


Hal ini turut disahkan oleh rakan media, Carlist di mana mereka mendapati produksi Mazda3 telah pun dihentikan di Kulim bagi memberi laluan kepada model yang lebih popular, Mazda CX-5.

Varian standard Mazda3 dikuasakan oleh enjin Skyactiv-G 1.5 liter dengan kuasa 114 hp dan 150 Nm daya kilas, manakala varian 2.0 liter Skyactiv-G pula menghasilkan 157 hp dan 200 Nm. 

Ketiga-tiga varian dijangka akan dilengkapkan dengan transmisi automatik Skyactiv-Drive dengan enam nisbah kelajuan. 
 


Enjin yang lebih maju, Skyactiv-X dijangka tidak akan membuat kemunculan awal memandangkan ia dibangunkan untuk menepati peraturan emisi yang lebih ketat seperti di Eropah dan Amerika Syarikat. 

Sumber: KeyAuto, CarList.my

Berita Berkenaan

Berita Global
Sayang sekali, ia bukanlah merujuk kepada kelahiran semula jenama Mazdaspeed, akan tetapi mereka…
Berita Global
  Dari luar, Mazda3 untuk pasaran Jepun ini nampak sama sahaja kecuali warna baharu Ceramic…
Berita Domestik
Pemenang anugerah World Car Design 2020 dan Red Dot Design 2019 itu kini didatangkan dengan…