Harga jualan Land Cruiser di pasaran terpakai Jepun melonjak dua kali ganda harga asal!

oleh Mohamad Hanif|
Masalah kekurangan cip semikonduktor di peringkat global yang masih lagi belum reda menyebabkan harga jualan kenderaan di pasaran terpakai melonjak naik di Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Nikkei Asia, data harga di pasaran terpakai mendedahkan harga median untuk sebuah Toyota Land Cruiser 2022 terpakai kini mencecah 17.05 juta yen (RM545,544), dua kali ganda lebih mahal berbanding harga jualan yang dicadangkan di pasaran tersebut.

Model-model Toyota yang lain turut menerima tempias yang serupa.

Sebagai contoh, harga median untuk sebuah Toyota Alphard terpakai varian Executive Lounge S kini mencecah 8.25 juta yen (RM257,574), jauh lebih mahal berbanding harga jualan baharu 7.75 juta yen (RM247,975) diikuti dengan model SUV terpakai seperti Toyota Corolla Cross dan Toyota Harrier.

 

land cruiser


Yasuyuki Matsui, pengarah kumpulan pusat pengedar kenderaan terpakai Goodspeed memberitahu Nikkei Asia, "terdapat beberapa contoh kenaikan harga jualan untuk model-model yang popular dan sukar ditemui, namun saya tidak pernah melihat hal ini berlaku untuk model kenderaan sebanyak ini.

Difahamkan, Toyota kini mempunyai jumlah tempahan kira-kira 1 juta unit untuk dipenuhi di Jepun sahaja, atau bersamaan satu pertiga daripada output domestik tahunan.

Disebabkan itu, tempoh menunggu untuk model Land Cruiser kini mencecah sehingga empat tahun, serta hingga satu tahun untuk model-model SUV lain.

Toyota juga terpaksa menutup sementara buku tempahan bagi model-model seperti Land Cruiser, Alphard dan Harrier demi memenuhi tempahan sedia ada.

Sumber: Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada penggunaan kereta-kereta pantas eksotik sebagai kereta pengiring dan kereta kei…
Berita Global
Bersempena dengan pengenalan Land Cruiser Prado 2024, Toyota turut memperlihatkan model Land…
Berita Global
Alternatifnya, para pembeli di pasaran tersebut boleh mendapatkan kembar Land Cruiser generasi…