Menerusi pengurangan harga tersebut, pelanggan Maxus kini dapat menikmati penjimatan sehinggan RM10,000 untuk pembelian kenderaan baharu jenama tersebut.
Menurut Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan Weststar berkata, "Inisiatif ini bertujuan untuk menjadikan kos pembelian kenderaan jenama kami ini menjadi lebih mampu milik oleh rakyat Malaysia."
Weststar juga kini di dalam perancangan untuk membuka dua lagi ruang pameran Maxus di Pulau Pinang dan juga Kota Bharu dalam masa beberapa bulan yang akan datang.
Varian MPV mewah Maxus G10 menggunakan enjin 2.0 liter dipadankan dengan induksi pendesak turbo itu menghasilkan 225 hp dan tork maksimum sebanyak 345 Nm.
Kuasa tersebut disalurkan kepada roda menerusi transmisi automatik ZF enam kelajuan yang didatangkan dengan mod manual bagi memastikan kelancaran pengeluaran kuasa dan respon penukaran gear yang lancar.