Harga jualan Hyundai Santa Cruz 2022 bermula dari RM101 ribu di US

oleh Mohamad Hanif|
Pada saat ini, pasaran Amerika Syarikat sudah pun mempunyai sehingga tiga model trak pikap unibodi - Honda Ridgeline, diikuti dengan Hyundai Santa Fe dan Ford Maverick yang baharu dilancarkan bulan lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hyundai baru-baru ini mengumumkan senarai harga jualan bagi model trak pikap kompaknya, Santa Cruz yang ditawarkan sehingga lima varian itu.

Tiga varian terendah (SE, SEL, dan SEL Activity) didatangkan dengan enjin 2.5 liter aspirasi natural yang menghasilkan 190 kuasa kuda dan 244 Nm serta padanan transmisi automatik lapan kelajuan, manakala dua varian teratas pula (SEL Premium dan Limited) mendapat enjin 2.5 liter turbo pula berupaya menghasilkan 275 hp dan 420 Nm, serta transmisi klac berkembar dan paddle shifter.

 


Harga jualan pula bermula dari $23,990 (RM100,530) untuk varian asas, sehinggalah $39,720 (RM166,505) untuk versi Limited.

Sebagai perbandingan, harga jualan untuk trak pikap Ford Maverick pula bermula dari $21,490 (RM90,053) di mana menurut penjelasan laman web Motor1 ia sudah pun merangkumi kos destinasi yang dikenakan berjumlah $1,495.

Walaupun pengiraaan semula dilakukan dengan menambah kos destinasi kepada harga jualan, Hyundai Santa Fe 2022 masih lagi jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan pesaingnya Ford Maverick 2022.

 


Spesifikasi penuh Hyundai Santa Cruz boleh dibaca pada pautan di bawah.

Baca: Hyundai Santa Cruz 2022

Baca: Ford Maverick 2022

Sumber: Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bahagian depan lebih berketak dengan jeriji dan lampu nyalaan siang baharu. Gaya jeriji condong…
Berita Global
Hyundai Santa Cruz 2022   Dengan sejumlah model yang ditawarkan, SAV Santa Cruz tampil unik…
Berita Global
Kehadiran dua model ini turut mendapat sambutan yang memberangsangkan, di mana Ford sendiri…