Harga jualan anggaran Alza 2022 tertiris - bermula dari RM62 ribu?

oleh Mohamad Hanif|
Kecoh sebentar di media sosial berhubung senarai harga jualan (anggaran) untuk model terbaharu yang akan dilancarkan oleh Perodua dalam masa terdekat - Alza 2022.

Ya, menurut pekeliling dalaman yang dilihat sendiri oleh rakan media Paultan, Perodua masih lagi mengekalkan nama Alza disebabkan ia mempunyai pengaruh yang sangat kuat di dalam pasaran.

Terdapat tiga varian yang bakal ditawarkan oleh Perodua, dengan harga jualan tentatif seperti berikut:

1.5L X CVT - RM62,000
1.5L H CVT - RM68,000
1.5L AV CVT - RM75,000

Difahamkan juga, tempahan bagi model ini akan dibuka secara rasmi pada hari ini.
 

Alza


Seperti yang pernah kami siarkan sebelum ini, Perodua Alza (kod nama D27A) berkongsi platform yang sama dengan Toyota Avanza/Daihatsu Xenia - Daihatsu New Global Architecture (DNGA), dan ia dibuktikan sendiri menerusi video acah yang disiarkan oleh Perodua beberapa hari yang lalu.

Alza 2022 akan didatangkan dengan tetapan trenkuasa yang sama seperti Myvi facelift, iaitu enjin 1.5 liter 2NR-VE yang dipadankan dengan transmisi D-CVT, menghasilkan kuasa setinggi 106 PS dan daya kilas 138 Nm.

Berdasarkan senarai harga yang diperoleh, Alza 2022 tidak lagi ditawarkan dalam varian manual.

Perincian lebih lanjut bakal diketahui menjelang pelancaran rasmi Perodua Alza 2022 sedikit masa lagi.

Sumber: Paultan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berbanding jumlah 146,951 unit yang dicatatkan untuk tempoh yang sama tahun lalu, pendaftaran…
Berita Domestik
Menurut Presiden dan CEO Perodua, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, angka tersebut akan…
Berita Domestik
Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, lelaki berusia 23 tahun terbabit yang memandu Perodua Alza…