Harga BMW F850GS didedahkan - RM79,500 atas jalan tanpa insurans

oleh Mohamad Hanif|
Pada acara BMW Nightfuel 2018 bertempat di Johor Bahru tempoh hari, BMW Motorrad Malaysia telah memperlihatkan model terbaharu motosikal adventure F850GS yang bakal dilancarkan tidak lama lagi pada bulan ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut sumber yang diperoleh daripada BMW Motorrad Malaysia, harga jualan bagi F850GS ini disasarkan pada harga RM79,500 atas jalan tanpa insurans termasuk SST.

Sebelum ini kami pernah memaparkan butiran berkenaan motosikal middleweight enduro-tourer itu yang disahkan bakal menggantikan model F800GS itu. 
 


Dengan enjin 835 cc jenis inline-twin, ia mampu menghasilkan kuasa setinggi 95 kuasa kuda serta daya kilas setinggi 92 Nm pada 6,250 rpm putaran enjin. 

Kuasa tersebut disalurkan kepada roda menerusi transmisi enam kelajuan yang hadir dengan ciri slipper clutch bagi memudahkan penukaran gear. 
 


Saiz tangki bahan api juga telah diperbesarkan kepada 20 liter daripada 15 liter sedia ada, membolehkan ia mencapai perjalanan sejauh 400 km dengan mudah untuk setangki penuh. 

Didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu Rallye style (Light white/racing red/lupin blue metallic), Racing red non metallic dan juga  Pollux Metallic Matt, BMW F850GS juga turut hadir dengan skrin TFT bersaiz 6.5 inci serta pilihan sambungan BMW Connectivity kepada telepon pintar. 
 


Nantikan berita selanjutnya daripada Careta untuk BMW F850GS di Malaysia.

 

Spesifikasi: 

Enjin: inline-twin empat lejang dengan sejukan cecair
Sesaran: 835 cc
Kuasa: 95 hp/92 Nm @ 6,250 rpm
Transmisi: enam kelajuan manual
Kelajuan maksimum: 200 km/j
FC: 4.1 liter/100 km (berdasarkan data WTMC)
Suspensi hadapan: fork teleskopik USD 43mm
Suspensi belakang: dual swing arm aluminium
Tinggi tempat duduk: 860 mm
Rim depan: 21 inci
Rim belakang: 17 inci
Peralatan standard: BMW Motorrad ABS, ASC (Automatic Stability Control), mod tunggangan Rain / Road, On-board computer Pro, LED tail light, 12 V power socket, lever brek dan klac boleh laras, pelindung enjin

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara kelebihannya ialah: Pergerakan fork yang lebih lancar dan konsisten semasa di atas jalan…
Informasi
Ada yang menunggang motosikal ADV mereka hanya di atas jalan bertar, tetapi ramai juga yang akan…