Harga baharu kereta Toyota/Lexus - turun 1-6 peratus

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor Sdn Bhd hari ini mengumumkan senarai harga jualan baharu untuk kenderaan berjenama Toyota dan Lexus untuk pasaran Malaysia dan akan berkuatkuasa bermula 15 Jun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengumuman ini adalah selari dengan insentif yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Penurunan harga jualan tersebut berada dalam julat 1-6 peratus berbanding harga asal.

Selain daripada itu, Toyota juga turut melancarkan kempen promosi terbaharu berbentuk rebat harga bernilai sehingga RM6,800 yang sah sehingga 30 Jun ini sahaja.

Senarai harga boleh dirujuk pada pautan PDF di bawah.

 

Harga jualan model Lexus:

Lexus UX 200
F SPORT - RM289,364
Luxury - RM247,027
Urban - RM235,472

NX300
F SPORT - RM336,019
Premium - RM321,851
Urban - RM303,117

ES 300
Luxury - RM320,510
Premium - RM288,663

RX 300
F SPORT  - RM424,187
Luxury - RM409,786
Premium - RM385,307

LS 500
Exec (Kiriko Glass) - RM1,311,508
Luxury - RM1,012,692

LC 500
Sport+ - RM1,205,217

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata,  pihaknya juga sedang melihat…
Berita Domestik
Berikut merupakan senarai harga jualan untuk SUV elektrik Lotus Eletre:   Eletre S - RM698,000…
Berita Global
Bercakap kepada Reuters, ketua eksekutifnya Jim Rowan memberitahu tiada sebarang keperluan untuk…