Harga bahan api 5-11 Januari 2019 - RON95 RM1.93 seliter!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Negeri (KPDNHEP) telah mengeluarkan senarai harga bahan api bagi kitaran bermula dari 5 Januari sehingga 11 Januari 2019.

 

Mengikut pengumuman terbaharu itu, harga bagi bahan bakar RON97 turun kepada RM2.23 per liter manakala harga bahan api RON95 pula turun menjadi RM1.93 seliter.

Harga diesel pula turun kepada RM2.04 seliter. 

Senarai harga baharu bahan bakar ini berkuatkuasa bermula 12.00 tengah malam ini (5 Januari)

RON95 - RM1.93 / liter (turun 27 sen)
RON97 - RM2.23 / liter (turun 27 sen)
Diesel - RM2.04 / liter (turun 14 sen)
Diesel Euro 5 - RM2.14 / liter (turun 14 sen)

Harga ini rasmi untuk seminggu dan pengumuman harga baharu akan diumumkan pada 11 Januari kelak.