Harga bahan api 27 Jul-2 Ogos - RON97 turun 11 sen

oleh Mohamad Hanif|
Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Negeri (KPDNHEP) telah mengeluarkan senarai harga bahan api bagi kitaran bermula dari 27 Julai sehingga 2 Ogos 2019.

Mengikut pengumuman terbaharu itu, harga RON97 turun 11 sen kepada RM2.56 per liter manakala harga RON95 dan diesel pula kekal tidak berubah seperti minggu lalu. 

Senarai harga baharu bahan bakar ini berkuatkuasa bermula 12.00 tengah malam ini (27 Julai). 

RON95 - RM2.08 per liter (kekal)

RON97 - RM2.56 per liter (turun 11 sen)

Diesel - RM2.18 per liter (kekal) 

Diesel Euro 5 - RM2.28 per liter (kekal) 

Harga ini rasmi untuk seminggu dan pengumuman harga baharu akan diumumkan pada 2 Ogos kelak.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mengikut pengumuman terbaharu itu, harga RON97 naik tiga sen, manakala RON95 dan diesel kekal tidak…
Berita Domestik
Mengikut pengumuman terbaharu itu, harga RON97 turun satu sen, manakala RON95 dan diesel kekal…
Berita Domestik
Mengikut pengumuman terbaharu itu, harga RON97 naik dua sen, manakala RON95 dan diesel kekal tidak…