Harga bahan api 26 Jan - 1 Februari - diesel naik 1 sen

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Negeri (KPDNHEP) telah mengeluarkan senarai harga bahan api bagi kitaran bermula dari 26 Januari sehingga 2 Februari 2019.

Mengikut pengumuman terbaharu itu, harga bagi bahan bakar RON97 dan RON95 masih kekal pada harga RM2.28 dan RM1.98.

Harga diesel pula naik satu sen kepada RM2.18 seliter, manakala Diesel Euro 5 pula pada harga RM2.28 seliter.

Senarai harga baharu bahan bakar ini berkuatkuasa bermula 12.00 tengah malam ini (26 Januari).

RON95 - RM1.98 / liter
RON97 - RM2.28 / liter
Diesel - RM2.18 / liter (naik 1 sen)
Diesel Euro 5 - RM2.28 / liter (naik 1 sen)

Harga ini rasmi untuk seminggu dan pengumuman harga baharu akan diumumkan pada 2 Februari kelak.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penganalisis PublicInvest Research, Sabrina Edora, berkata harga sebenar RON95 dijangka mencecah…
Berita Global
  Menteri Tenaga, Arifin Tasrif berkata, harga petrol bersubsidi dinaikkan kepada 10,000 rupiah (…
Berita Global
Menurut laporan daripada WISN 12 News, pasukan undang-undang Woodman's menyatakan apa yang…