Harga bahan api 23 Feb - 1 Mac - Petrol naik 10 sen, diesel kekal

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Negeri (KPDNHEP) telah mengeluarkan senarai harga bahan api bagi kitaran bermula dari 23 Februari sehingga 1 Mac 2019.

Mengikut pengumuman terbaharu itu, harga bagi bahan bakar petrol RON95 dan RON97 naik sepuluh sen manakala harga diesel pula kekal seperti minggu lalu. 

Senarai harga baharu bahan bakar ini berkuatkuasa bermula 12.00 tengah malam ini (23 Februari)

RON95 - RM2.08 per liter (naik 10 sen)
RON97 - RM2.38 per liter (naik 10 sen)
Diesel -  RM2.18 per liter
Diesel Euro 5 -  RM2.28 per liter

Harga ini rasmi untuk seminggu dan pengumuman harga baharu akan diumumkan pada 1 Mac kelak.