Harga bahan api 2-8 Februari - RON95 & RON97 turun 5 sen, diesel kekal harga

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Negeri (KPDNHEP) telah mengeluarkan senarai harga bahan api bagi kitaran bermula dari 2 Februari sehingga 8 Februari 2019.

Mengikut pengumuman terbaharu itu, harga bagi bahan bakar RON97 dan RON95 masing-masing turun 5 sen kepada RM1.93 dan RM2.23 seliter. 

Harga diesel pula kekal RM2.18 seliter, manakala Diesel Euro 5 pula pada harga RM2.28 seliter.

Senarai harga baharu bahan bakar ini berkuatkuasa bermula 12.00 tengah malam ini (2 Februari).

RON95 - RM1.93 / liter (turun 5 sen)
RON97 - RM2.23 / liter (turun 5 sen)
Diesel - RM2.18 / liter 
Diesel Euro 5 - RM2.28 / liter 

Harga ini rasmi untuk seminggu dan pengumuman harga baharu akan diumumkan pada 8 Februari kelak.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penganalisis PublicInvest Research, Sabrina Edora, berkata harga sebenar RON95 dijangka mencecah…
Berita Global
  Menteri Tenaga, Arifin Tasrif berkata, harga petrol bersubsidi dinaikkan kepada 10,000 rupiah (…
Berita Global
Menurut laporan daripada WISN 12 News, pasukan undang-undang Woodman's menyatakan apa yang…