Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Negeri (KPDNHEP) telah mengeluarkan senarai harga bahan api bagi kitaran bermula dari 4-10 Mei 2019.
Mengikut pengumuman terbaharu itu, harga RON97 turun 1 sen manakala harga RON95 dan diesel pula kekal tidak berubah seperti minggu lalu.
Senarai harga baharu bahan bakar ini berkuatkuasa bermula 12.00 tengah malam ini (4 Mei).
RON95 - RM2.08 per liter (kekal)
RON97 - RM2.80 per liter (turun 1 sen)
Diesel - RM2.18 per liter (kekal)
Diesel Euro 5 - RM2.28 per liter (kekal)
Harga ini rasmi untuk seminggu dan pengumuman harga baharu akan diumumkan pada 10 Mei kelak.