Harga apung bahan petrol, diesel ditangguh

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Harga runcit untuk bahanapi petrol RON97, RON95 dan diesel akan dikekalkan pada harga sekarang buat masa ini kerana rancangan kerajaan untuk mengembalikan sistem harga apungan secara mingguan ditangguhkan.

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, sistem harga apungan itu akan dilaksanakan sebelum akhir minggu pertama 2019.

"Penangguhan berlaku selepas mengambil maklum balas beberapa pihak berwajib," ujar Guan Eng kepada media.

Kerajaan juga nampaknya mahu mengkaji permintaan Persatuan Pengedar Petroleum Malaysia (PDAM) yang menentang penetapan harga runcit produk tersebut secara mingguan. 

PDAM dikatakan meminta agar diteliti semua harga kadar Untung Pengusaha Stesen Minyak (DGM) yang merupakan satu komponen di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM) yang digunakan sekarang untuk menentukan harga runcit bahanapi tersebut.

PDAM juga telah memberikan dua cadangan untuk membantu mereka - satu mekanisma DGM dan satu lagi ialah penjualan secara konsainmen.

Secara kasar, pengusaha stesen minyak akan mendapat pampasan daripada syarikat minyak sekiranya mereka mengalami kerugian.

Presiden PDAM, Dartuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata penetapan harga mingguan yang mahu diguna pakai kerajaan akan menyebabkan harga runcit petrol bertukar dengan kerap, sekaligus menyebabkan keuntungan stesen minyak tidak menentu.

Guang Eng berkata pihak kerajaan akan bermesyuarat pada 2 Januari untuk mencari mekanisma yang optimum.

Ia juga membuktikan Kementerian Kewanganan tidak langsung menjalankan kajian sebelum membuat pengumuman pada 24 Disember lalu berkaitan penggunaan harga apungan bahanapi.

Untuk pihak pengguna Malaysia pula, tiada presiden persatuan atau mana-mana pihak yang bertanya berapa jumlah kerugian sementara menunggu harga bahan api turun mengikut harga pasaran.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut siaran media tersebut, pihak kerajaan akan meneliti cadangan dari lapan syarikat secara…
Berita Domestik
Ini bercanggah dengan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang berkata Proton secara tiba-tiba…
Berita Domestik
“Buat masa ini kita tidak ada cadangan untuk lanjutkan kerana kita bagi tempoh dua bulan, tapi kita…