Haramkan meletak kerusi dan meja makan di kawasan parkir!

oleh Mohamad Hanif|
WANITA maut, empat lagi cedera apabila sebuah pacuan empat roda terbabas dan merempuh orang ramai yang makan di parkir berhampiran sebuah restoran di Taman Equine, Seri Kembangan, malam ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan mangsa, 57 tahun sedang makan di meja yang diletakkan di parkir di kawasan berkenaan sebelum dilanggar trak pikap tersebut. 

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, ketika kejadian, kenderaan itu dipercayai melanggar orang awam di parkir, sebelum melanggar tiga kenderaan.

Bagaimanapun, pemandu kenderaan berkenaan melarikan diri sejurus kejadian.

Ismadi berkata, sehubungan itu, polis meminta pemandu kenderaan itu dipercayai lelaki supaya menyerah diri.

Beliau berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian juga diminta tampil membantu siasatan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. 
 

gambar hiasan


Careta percaya, ramai di antara kita yang mengalami isu ini, terutama ketika keluar pada waktu malam untuk mengalas perut, namun hampa apabila kebanyakan tempat parkir dikuasai oleh kerusi dan meja makan.

Isu penguasaan tempat parkir secara haram oleh pihak pengusaha tempat makan sebenarnya sudah lama dibangkitkan, dan pelbagai tindakan tegas sudah pun diambil seperti menyita barangan perniagaan, namun masih terdapat segelintir mereka yang pentingkan diri menguasai tempat parkir awam demi sesuap nasi. 

Sudahlah tempat parkir yang diberikan sangat terhad bilangannya, dan tindakan pentingkan diri segelintir para pengusaha perniagaan ini menambahkan lagi kesukaran mereka yang ingin mencari parkir untuk urusan yang lebih penting. 

 

Sebelum sikap ini meragut lebih ramai nyawa yang tidak berdosa, Careta menggesan pihak kerajaan secara amnya dan pihak berkuasa tempatan secara khususnya supaya mengharamkan perbuatan meletakkan kerusi dan meja makan di kawasan parkir. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, akibat kemalangan itu, pemandu dan seorang penumpang dirujuk ke Hospital Yan manakala…
Berita Domestik
Menurutnya, kejadian itu dipercayai berlaku semasa pemandu kereta jenis Toyota Camry iaitu seorang…
Berita Domestik
  Menurutnya, akibat dari rempuhan itu, seorang pelanggan wanita yang ketika itu sedang mengambil…