Haramkan kenderaan RHD dari Jepun - kempen ahli politik Kanada

oleh Mohamad Hanif|
Seorang ahli politik di Kanada, Jason Kenney selaku pemimpin United Conservative Party kini dikhabarkan sedang giat berkempen bagi mengharamkan kenderaan pemanduan sebelah kanan (RHD) buatan Asia di negara daun maple tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada JapaneseNostalgicCar menerusi Jalopnik, individu tersebut dikatakan telah menerima bantuan dana yang besar daripada Motor Dealers' Association of Alberta (MDA) bagi memastikan rakyat Kanada tidak lagi menerima kemasukan kereta-kereta terpakai Jepun. 

Dengan jumlah dana terkumpul sehingga mencecah $1 juta  untuk dilaburkan menerusi kempen di kaca TV, radio dan media sosial, ia sebenarnya sudah pun melanggar akta pilihanraya Kanada (dan mana-mana akta pilihanraya di seluruh dunia). 
 


Isu mengharamkan kenderaan RHD daripada Asia sebenarnya merupakan sebahagian daripada enam isu utama yang ingin dibangkitkan menerusi surat edaran yang dikeluarkan kepada ahli di dalam persatuan tersebut termasuklah:
1. Cukai karbon
2. Cukai korporat dan pendapatan
3. Isu gaji minimum
4. Perubahan dasar dalam kod buruh
5. Perubahan dasar dalam akta perlindungan pengguna

Pun begitu, ia tidak dinyatakan sebab khusus mengapa kenderaan RHD dari Asia (baca: Jepun) perlu diharamkan oleh Kanada menerusi kempen terbaharu ini. 

Sekiranya isu keselamatan dan pencemaran alam sekitar yang cuba dibangkitkan, mengapa tidak mereka juga mengharamkan import kereta daripada negara jiran  memandangkan kenderaan dari Jerman dan British juga sebenarnya tertakluk atas isu yang serupa. 
 


Undang-undang di Kanada membenarkan kereta import yang sudah berusia lebih daripada 15 tahun di bawa masuk ke negara tersebut, 10 tahun lebih awal berbanding pelaksanaan di Amerika yang memerlukan sehingga 25 tahun. 

Berdasarkan pengamatan, ada kemungkinan para pengedar yang bernaung di bawah MDA tergugat dengan kenderaan JDM (Japanese Domestic Model) yang rendah jarak perbatuan, dan lebih dipercayai berbanding kenderaan di bawah edaran mereka, sekaligus mengganggu jualan secara keseluruhannya. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Perancangan itu ialah untuk menjadikan Honda lebih kompetitif bagi pasaran EV di US dan Eropah.…
Berita Global
Peraturan yang digelar sebagai Electric Vehicle Availability Standard itu sebenarnya tidaklah…
Berita Global
Di Amerika Syarikat dan Kanada, kira-kira 109,806 unit Corolla Cross varian petrol tahun 2022-2023…