Hanya sekeping gambar GR86 drift boleh gagalkan tuntutan waranti

oleh Mohamad Hanif|
Toyota memasarkan model coupe pacuan roda belakang GR86 sebagai sebuah kereta sports menyeronokkan yang boleh dilenjan di atas litar lumba, dan sebagai sebahagian daripada itu, pemilik GR86 turut diberikan keahlian NASA (National Auto Sport Association) secara percuma.

Jadi, sudah tentu anda fikir kerosakan mekanikal yang dialami selepas pemanduan berprestasi akan ditanggung oleh Toyota bukan?

Namun tidak bagi Blake Alvarado, pemilik GR86 yang mengalami kegagalan enjin hanya selepas jarak perbatuan mencecah 22,161 km (13,770 batu).

Menurut hantaran di Facebook, enjin GR86 tersebut gagal berfungsi pada 10 Julai disebabkan oleh masalah kekurangan minyak pelincir, dan pemeriksaan lanjut mendapati kerosakan pada galas rod dan Alvarado mendapati bahan pengedap kelabu berada di dalam tiub pikap minyak - keadaan yang disebut itu telah pun dilaporkan oleh pihak lain sebelum ini.
 

blake


Menurut Alvarado, seorang pakar juruteknik lapangan (FTS) telah ditugaskan untuk mengendalikan kes tersebut, namun pakar tersebut tidak memeriksa enjin tersebut seperti kebiasaan.

Sebaliknya, pihak tersebut didakwa pergi ke laman sosial dan kemudian menunjukkan sekeping gambar sebuah Toyota GR86 milik Alvarado yang sedang drift pada lewat bulan Mac lalu sebagai bukti yang boleh menggagalkan tuntutan waranti.

Tambah Alvarado, disebabkan kehadiran 'bukti' itu, juruteknik tersebut menolak tuntutan jaminan dengan menyebut masalah enjin tersebut adalah perkara biasa sewaktu drift. Kos pembaikan dianggarkan bernilai $11 ribu (RM49,027).

Alvarado cuba untuk melawan keputusan tersebut, atau sekurang-kurangnya mahukan sebahagian daripada kos tersebut ditanggung oleh Toyota, namun usahanya gagal.

Tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut, Alvarado meminta kereta GR86 tersebut ditunda ke sebuah pengedar Subaru berdekatan untuk memasang sebuah enjin dengan jarak perbatuan rendah, dengan kos sekitar $7,000 (RM31,199).
 

GR86


Dalam satu kenyataan balas kepada Road & Track, pihak Toyota menjelaskan mereka sedang meneliti kes tersebut dan menggalakkan mana-mana pelanggan yang berdepan dengan masalah untuk menghubungi pengedar sah atau talian Toyota Brand Engangement Center (1-800-331-4331).

Alvarado memberitahu Road & Track, "kebanyakan pemilik akan menggunakan kereta mereka untuk pemanduan berprestasi tinggi, namun sekarang kes ini akan membuatkan mereka bimbang senario yang sama berlaku kepada mereka.

Sumber: Road & Track

Berita Berkenaan

Berita Global
Subaru BRZ 2022 merupakan model generasi kedua yang telah muncul pada November 2020, sementara…
Berita Global
Dalam perkembangan terbaharu seperti yang dilaporkan oleh Motor1, pemilik Toyota GR86 itu…
Berita Global
Bergantung kepada bajet, anda boleh dapatkan campervan menggunakan kei-car sebagai asas,…