Hanya satu ujian teori untuk lesen kereta dan motosikal bermula 15 September

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Foto Metro Driving School
Individu yang ingin mendapatkan kedua-dua lesen memandu kereta dan motosikal tidak lagi perlu melalui ujian teori yang berbeza bermula 15 September ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bermakna hanya satu kelas teori diperlukan untuk kedua-dua lesen, di mana langkah itu dijangka memberi penjimatan sebanyak RM100.

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, mengikut peraturan sedia ada, sesiapa yang ingin memperoleh lesen motosikal dan lesen kereta secara berasingan perlu menduduki dua ujian teori.

Ketetapan baharu mengenai bahagian pembelajaran iaitu Kursus Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) itu bagi memudahkan pengambilan Lesen Memandu Malaysia, khususnya untuk golongan muda.

Loke berkata, "Berkuat kuasa 15 September 2023, mana-mana individu yang pada masa ini mempunyai sama ada Lesen Memandu Malaysia kelas motosikal atau motokar dan berhasratkan Lesen Memandu Malaysia dalam kelas yang berbeza, dikecualikan daripada menghadiri Kursus KPP01 dan Ujian Teori KPP01."

"Sebagai contoh, seseorang yang sudah lulus ujian KPP01 (Teori) dalam lesen memandu motosikal tidak perlu menduduki KPP01 untuk kali kedua apabila mengambil lesen memandu motokar,"

Bagaimanapun, Loke berkata calon masih wajib menjalani latihan dan menduduki ujian praktikal di Litar (KPP02) dan Praktikal di Jalan Raya (KPP03) secara berasingan apabila mengambil Lesen Memandu Malaysia motosikal dan motokar.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Namun, pemenang lesen bagi kad orang kelainan upaya (OKU) masih tertakluk syarat ditetapkan Jabatan…
Hezeri Samsuri
Seperti biasa, tidak ada sesiapa muncul dengan kajian lengkap dengan data-data kukuh untuk membantu…
Berita Global
Namun, tidak semua maklumat boleh ditukar dengan mudah lagi-lagi yang berkenaan sifat fitrah semula…