Hanya kerana tegur, lelaki ini dibelasah pemandu Alza

oleh Mohamad Hanif|
sumber: harian metro
Seorang lelaki patah tujuh gigi serta cedera di kepala dan tangan selepas dibelasah akibat menegur pemandu lain di lampu isyarat dalam kejadian di Jalan Kolam, dekat sini, kelmarin.

Modenas

Dalam kejadian 10 malam itu, mangsa berusia 21 tahun yang memandu Honda S660 dikatakan berselisih dengan Perodua Alza.

Bagaimanapun, ketika berada di lampu isyarat, mangsa dikatakan menegur pemandu kenderaan bersebelahan kerana tidak memberikan isyarat untuk masuk ke lorong laju.

Akibat daripada kejadian itu, keadaan menjadi tidak terkawal sehingga pemandu Perodua Alza terbabit dikatakan bertindak memecahkan cermin kereta mangsa dengan menggunakan batang besi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, mengikut laporan yang diterima, suspek turut dikatakan memukul mangsa di kepala dan tangan menggunakan batang besi berkenaan.

Katanya, suspek kemudiannya masuk semula ke dalam kenderaannya dan terus meninggalkan lokasi kejadian.

"Mangsa yang cedera kemudiannya dibantu orang awam untuk keluar dari kenderaan. Mangsa kemudiannya menghubungi ahli keluarga sebelum dibawa mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.

"Setakat ini, suspek berusia 36 tahun itu sudah dikenalpasti dan usaha memburu suspek sedang giat dijalankan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan jika sabit kesalahan, boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Sumber: Harian Metro

Add new comment

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Di bawah ialah antara-antara faktor yang boleh dikatakan menjadi punca kepada perangai baharu…
Berita Domestik
  Katanya, polis menerima rungutan pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal yang…
Berita Domestik
  Katanya, pihaknya sebelum ini sudah memberi nasihat kepada semua peniaga yang menjalankan…