Hanya kerana mengkritik kelemahan sedan VinFast, Youtuber ini ditahan polis

oleh Mohamad Hanif|
Seorang YouTuber tealah ditahan pihak berkuasa atas kritikan keras yang dilemparkan terhadap kualiti sedan VinFast LUX A 2.0 yang dibelinya baru-baru ini.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Menurut laporan daripada Reuters, dalam video berdurasi 29 minit itu (yang kemudian telah dipadamkan) Tran Van Hoang menjelaskan bahawa sedan yang dibelinya itu memiliki masalah pada penderia tekanan tayar, pengelap cermin, pengecas peranti pintar tanpa wayar, pintu berbunyi, serta pengalaman beliau berurusan dengan pengedar VinFast.

Dalam kenyataan kepada Reuters, VinFast menyatakan mereka mempunyai bukti yang cukup untuk mengesahkan bahawa ia bukanlah sekadar aduan yang normal.

 


Malah mereka mendakwa kandungan video Hoang itu bersifat jahat yang mampu menjejaskan reputasi VinFast sebagai sebuah syarikat automotif.

Walaupun video tersebut telah dipadamkan, VinFast berjaya menyimpan bukti tersebut dan menyerahkannya kepada polis untuk tujuan siasatan.

"Ini merupakan pertama kali kami melaporkan seseorang kepada pihak berkuasa dalam usaha untuk melindungi reputasi dan pelanggan kami," VinFast memberitahu Reuters.

"Jika berlaku insiden yang sama ketika kami beroperasi di Amerika Syarikat, kami juga akan membuat langkah yang sama demi melindungi hak kami.


Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Kenderaan utiliti sukan elektrik itu adalah kira-kira 3190mm panjang, 1679mm lebar, 1622mm tinggi…
Berita Global
Tiga belas pengedar BYD akan membuka pintu mereka kepada orang ramai Vietnam pada hari Sabtu dan…
Berita Domestik
Menurut Syamsul, pemandunya memakai baju VinFast dan kereta itu menggunakan plet pendaftaran…