Hanya 546 unit Civic Type R bakal mendarat di Kanada

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala ramai di antara kita yang tidak sabar menantikan kehadiran hot hatch terbaharu daripada Honda, para pembeli di Kanada kini mendapat satu berita buruk.

Ini kerana berdasarkan informasi yang diperoleh daripada forum CivicXI, negara tersebut dikatakan hanya akan mendapat peruntukan sebanyak 546 unit Civic Type R.

Pengguna tersebut yang mendakwa dirinya sebagai pekerja di pengedar Honda Quebec itu turut menjelaskan kesemua 546 unit itu akan dibahagikan kepada tiga tahun jualan, iaitu 2023, 2024 dan 2025 sahaja.

Tambahan pula, tidak semua pengedar Honda berpeluang untuk menjual model panas tersebut, hanya pengedar besar yang terpilih sahaja akan dibenarkan untuk menjual Civic Type R secara rasmi.
 

Civic


Menurut pengguna forum itu lagi, pihak pengedarnya hanya dapat menjual tujuh unit sahaja Civic Type R untuk tempoh tiga tahun, di mana dua daripadanya dikatakan sudah pun ditempah.

Setakat ini, Honda tidak mendedahkan status Civic Type R generasi baharu itu sebagai sebuah model edisi terhad, namun terdapat kemungkinan besar melihatkan kepada pelaksanaan undang-undang emisi yang semakin ketat terutama di beberapa buah negara.

Malah di Eropah sendiri, Honda Civic Type R merupakan model berenjin pembakaran dalaman tulen terakhir yang akan dijual di benua tersebut.

Sumber: Forum CivicXI

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kit ini ditawarkan dalam dua konfigurasi utama iaitu versi standard dan juga versi widebody,…
Berita Global
Honda menyatakan keputusan ini berpunca daripada perubahan perundangan industri automotif, yang…
Berita Global
  Barangan lain turut ditawarkan seperti tombol gear aluminium warna hitam dengan balutan kulit…