Hanya 5% pemilik EV mahu berpatah balik ke kereta biasa

oleh Muhammad Md Tajudin|
Melihat kepada sambutan kereta hibrid sejak sedekad lalu di negara kita, boleh disimpulkan bahawa pengguna terbuka dalam menerima teknologi ini.

Penawaran kereta hibrid bermula dari model kebanyakan seperti Honda Jazz dan City, Hyundai IONIQ hingga kepada segmen mewah seperti Volvo XC90 PHEV.

Tetapi bagaimana pula dengan kereta elektrik?

Masih belum meluas kecuali kesungguhan yang ditunjukkan oleh Nissan melalui LEAF generasi pertama. Khabarnya juga Edaran Tan Chong Motor bakal melancarkan LEAF generasi kedua tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Fully Charged YouTube

 

Timbul pula satu lagi persoalan, adakah pengguna bakal menerima baik EV sama seperti kenderaan hibrid?

Belum ada lagi model konkrit yang boleh dirujuk di negara kita.

Atau mungkin boleh bergantung kepada kajian terhadap pengguna. Ini yang dibuat di United Kingdom apabila mendapati hanya lima peratus pengguna EV mahu kembali kepada kereta biasa.

Kajian ini dibuat terhadap penonton saluran YouTube Clean Energy & Electric Vehicle yang melibatkan 7,723 responden di mana satu daripada sepuluh pemandu kereta plug-in tidak mahu kembali kepada kereta petrol atau diesel.

 

Robert Llewellyn, Hos Fully Charged

 

Selepas lapan tahun dan 380 episod rancangan Fully Charged yang dihoskan oleh Robert Llewellyn menerima lebih 7,700 respon untuk kaji selidik yang pertama kali diadakan.

Tinjauan yang ditanya bukan biasa-biasa kerana melibatkan 50 soalan berkisar tentang reaksi pengguna terhadap teknologi yang bakal mendominasi dekad seterusnya.

Majoriti mahu beli EV (dan tukar jenama)

Dapatan kajian menunjukkan 56.89 peratus penonton Fully Charged yang masih belum memiliki EV mahu mendapatkannya menjelang akhir 2020.

87.67 peratus atau tiga perempat mahu dapatkan EV bateri atau BEV berbanding plug-in hybrid (PHEV). Kajian ini juga boleh menjadi indikator kepada pengeluar supaya bersiap dengan gelombang ini.

Kelompok ini juga berkemungkinan akan bertukar kepada jenama lain berbanding pilihan sebelum ini jika tiada tindakan bersungguh diambil bagi menawarkan alternatif yang baik kepada mereka.

Kos memiliki EV menjadi halangan

Satu perkara yang selalu diulang-ulang apabila berbicara tentang EV ialah kos untuk mendapatkannya. Benar, apabila 33 peratus kisahkan harga EV baharu manakala 14.9 peratus tentang EV terpakai.

Memiliki EV tidak hanya tentang tawaran menarik atau infrastruktur pengecasan tetapi harga atau dalam erti kata lain duit yang perlu dikeluarkan.

Walaupun begitu, perkara yang harus dihitung kira ialah kos pemilikan keseluruhan di mana ia semakin hari semakin baik. 

Harga untuk beli memang tinggi tetapi perlu juga ditolak dengan kos petrol atau minyak pelincir enjin yang tidak lagi diperlukan.

Pengguna sukakan teknologi baharu

Jelas melalui kajian di kalangan penonton rancangan ini, mereka mempunyai minat mendalam terhadap EV iaitu 88.67 peratus dan Teknologi Bersih/Diperbaharui iaitu 88.61 peratus.

Namun satu perkara menarik yang didapati ialah majoriti pengguna sebenarnya lebih berminat terhadap teknologi baharu itu sendiri berbanding masalah yang boleh dicegah seperti pencemaran udara (39.83 peratus) dan perubahan cuaca (44.39 peratus).

 

Honda Urban EV Concept aka Honda Civic Telur

 

Dalam erti kata lain, majoriti penonton lebih kepada technology geek berbanding pejuang alam sekitar. 

Betul juga bukan? Teknologi memang suatu yang asyik dan mempersonakan berbanding bercerita tentang masalah berulang-ulang kali.

Untuk pengguna umum, jika anda berminat dengan EV ada lagi beberapa jenama arus perdana bakal memasuki segmen ini.

Honda bakal mengeluarkan Civic 'Telur' Urban EV yang sedang giat diuji manakala Volkswagen pula melalui rangkaian model I.D termasuk Combi retro.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

VW I.D. BUZZ BULLI CARGO aka VW Combi

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Meliputi tapak kawasan seluas lapan ekar, fasa pertama MCE Auto Hub ini akan menyaksikan pelaburan…