Hantar anak ke asrama tak perlu kebenaran polis

oleh SALINA JALIL|
Ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka pulang ke asrama hanya perlu mengemuka surat yang dikeluarkan oleh sekolah kepada anggota polis, ketika melalui sekatan jalan raya, bagi merentas daerah.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Teknikal yang bersetuju untuk memberikan kelonggaran kepada ibu bapa untuk berbuat demikian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata, ibu bapa tidak perlu lagi memohon surat kebenaran daripada polis.

 

"Mesyuarat Teknikal setuju beri kelonggaran kepada ibu bapa untuk rentas negeri bagi hantar anak ke sekolah atau asrama, bagi sesi persekolahan yang akan bermula pada 1 Mac 2021.

 

"Mesyuarat juga setuju ibu bapa yang hantar anak mereka tidak perlu lagi mendapatkan surat kebenaran polis, namun hanya perlu tunjuk surat dikeluarkan sekolah ketika melalui sekatan jalan raya.

 

"Perkara ini sudah dibincangkan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan saya baru bercakap dengan pegawai tertinggi PDRM bahawa perkara ini dimaklumkan polis di setiap daerah seluruh negara," katanya pada sidang media semalam.

 

Dengan kelonggaran itu, Ismail Sabri berharap tidak akan timbul isu membabitkan ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka di luar daerah ketika perlu melalui sekatan jalan raya.

 

"Saya jangka tak ada isu di kawasan atau sekatan jalan raya apabila ibu bapa hantar anak mereka pulang ke sekolah," katanya.

 

Jumaat lalu, Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan pembukaan sekolah bermula 1 Mac ini untuk murid sekolah rendah iaitu prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2, manakala murid Tahun 3 hingga Tahun 5 pula bermula 8 Mac.

 

Pelajar sekolah menengah bagi Kumpulan A iaitu Johor, Kelantan dan Terengganu akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April manakala pelajar bagi Kumpulan B merangkumi Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bermula pada 5 April.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Informasi
"Empat skuter elektrik diserahkan untuk kegunaan pasukan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2,…
Berita Domestik
"Menyusahkan oranglah engkau ni. Sebab kau bodoh la kau kerja tol. Buka! Buka! Kalau pandai kau tak…
Informasi
Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mempunyai masalah kesihatan dan tidak lagi…