Hankook Ventus Prime 3 dilancarkan - bermula dari RM180, terdapat dalam saiz 15-19 inci

oleh Mohamad Hanif|
Hankook Tire baru-baru ini melancarkan tayar berteknologi inovatif, Ventus Prime 3 (K125) untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tayar Hankook Ventus Prime 3 ini merupakan sebuah tayar berprestasi tinggi yang direka untuk memiliki keseimbangan antara prestasi, keselesaan dan keselamatan untuk kereta penumpang. 

Menurut Hankook lagi, tayar ini amat sesuai untuk kegunaan rakyat Malaysia disebabkan prestasi pemanduan dan brek untuk kedua-dua jalan kering dan basah. 

 


Rekaan baharu yang menampilkan alur spesifik direka untuk mengurangkan perbezaan antara pemanduan di kedua-dua keadaan tadi, selain mampu mengurangkan kadar bunyi bising yang mampu mengganggu keselesaan. 

Penggunaan bahan kompaun silika juga mampu meningkatkan kadar cengkaman di jalan yang kering dan basah, selain mengurangkan kadar rintangan golekan dengan lebih baik.

 

 

Dengan ciri-ciri yang disebutkan tadi, tidak menghairankan sekiranya produk Ventus Prime 3 ini berjaya merangkul pelbagai anugerah berprestij di peringkat global. 

Untuk pasaran Malaysia, Hankook Tires menjual Ventus Prime 3 yang terdapat untuk saiz tayar 15-19 inci pada harga bermula dari RM180 seunit.