Hankook Tire Malaysia lancar Ventus Prime 4, tayar EV iON evo

oleh Mohamad Hanif|
Hankook Tire Malaysia melancarkan dua produk tayar baharu untuk pasaran tempatan, iaitu Ventus Prime 4 dan tayar yang dihasilkan khusus untuk kenderaan elektrik, iON evo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ventus Prime 4 merupakan versi penambahbaikan kepada siri tayar Ventus Prime, menawarkan gabungan optimum antara prestasi, keselamatan, keselesaan dan 20 peratus lebih tahan berbanding model terdahulu.
 

ventus prime


Tayar ini mengandungi kandungan silika baharu yang telah diperkaya, bertujuan untuk mengukuhkan lagi ketegaran blok bunga tayar, mengurangkan kadar kehausan dan rintangan golekan.

Corak bunga dan kontur tayar Ventus Prime 4 juga telah dioptimasi untuk mencapai titik sentuhan yang lebih tepat, dibantu dengan penggunaan tali sawat untuk memberikan kekuatan corak bunga yang ideal dan menyerap hentakan luaran dengan sempurna.
 

ventus prime


Dengan ciri yang disebutkan tadi, Ventus Prime 4 mampu menawarkan ketahanan yang jauh lebih baik, selain pengalaman pemanduan yang lebih selesa, dan meningkatkan aspek keselamatan terutama di atas jalan basah.

Tayar yang dihasilkan untuk kenderaan jenis SUV berenjin pembakaran dalaman ini boleh didapati dalam 5 saiz, bermula dari 15 hingga 19 inci.

Pemilik kenderaan elektrik (EV) boleh mendapatkan produk tayar baharu iON evo daripada Hankook Malaysia.
 

iON


Dihasilkan khusus untuk kenderaan elektrik, iON evo menawarkan prestasi tanpa kompromi dari segi kesenyapan, pengendalian, jarak perjalanan, selain menawarkan rintangan golekan yang rendah dan menjanjikan cengkaman di atas permukaan basah.

Ini kerana kebiasaannya, kebanyakan EV 30 peratus lebih berat berbanding model ICE, dan ini menyumbang kepada kadar kehausan 20 peratus lebih cepat.

Untuk itu, iON evo mempunyai kandungan kompaun silika berkonsentrasi tinggi dan bahan mesra alam untuk meningkatkan aspek ketahanan dan memanjangkan jangka hayat bunga tayar.

Teknologi EV Contour pula meningkatkan tahap ketegaran sewaktu mengambil selekoh sebanyak 10 peratus menjadikannya lebih stabil dan menawarkan pengendalian yang lebih baik.
 

iON


Penggunaan tali sawat yang digabungkan dengan gentian Aramid termaju bertujuan untuk mengekalkan bentuk dan sentuhan blok bunga yang optimum pada kelajuan tinggi, di mana rekaan blok itu berfungsi meminimumkan masalah gelinciran disebabkan daya kilas EV yang tinggi.

Dengan kadar rintangan golekan yang rendah, tayar iON evo ini mampu menawarkan jangka hayat yang lebih lama.

Teknologi Hankook Sound Absorber™ pula menjadikan perjalanan yang lebih senyap dengan meminimumkan penghasilan bunyi bising yang datang daripada bunga tayar dalam apa jua kelajuan.

Produk tayar iON evo boleh didapati dalam saiz 18 hingga 21 inci, sementara iON evo SUV pula terdapat dalam saiz 19 hingga 22 inci.