Handal Indah uji penggunaan bas mini HINO Poncho di Johor Bahru

oleh Mohamad Hanif|
Satu memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani antara Hino Motor Sales (Malaysia) Sdn Bhd dan Handal Indah Sdn Bhd untuk memulakan ujian percubaan bas mini di Johor Bahru.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model yang dimaksudkan adalah Hino Poncho, sebuah bas mini berukuran tujuh meter dengan posisi lantai yang rendah itu akan beroperasi di bawah Handal Indah, salah sebuah syarikat pengendali bas di Johor yang dikenali sebagai Causeway Link.

Ujian percubaan itu akan merangkumi laluan Route 10B yang terdiri daripada JB City, Pelangi, Sentosa, Pandan, Taman Daya dan Taman Setia Indah bermula 15 Jun sehingga 12 Julai 2020.

Penggunaan Hino Poncho sebagai model ujian adalah bertepatan dengan perancangan Iskandar Regional Development Authority (IRDA) dalam melaksanakan projek Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT).

Projek IMBRT bertujuan untuk mentransformasikan sistem pengangkutan awam yang terdiri daripada tiga laluan utama dari Skudai, Tebrau dan Iskandar Puteri menuju ke pusat bandar Johor Bahru.

 


Penggunaan Hino Poncho merupakan salah satu solusi yang membenarkan penerokaan laluan baharu yang sebelum ini kurang sesuai akibat ketiadaan model bas mini.

Dengan saiz yang kecil, ia mampu dipandu menerusi laluan bandar yang sempit, serta kawasan kediaman, manakala rekaan lantai yang rendah pula membolehkan penumpang seperti golongan tua, kanak-kanak dan pengguna kerusi roda menaiki dan menuruni bas dengan lebih mudah.

Hino Poncho yang dipandu uji di Malaysia ini dilengkapi dengan enjin diesel common-rail 5 liter yang mematuhi peraturan emisi Euro5 dan transmisi automatik lima nisbah kelajuan yang mampu menawarkan kadar penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan.

Dengan sistem after-treatment Diesel Particulate Reduction (DPR), enjin diesel Hino Poncho ini tidak memerlukan sebarang bendalir tambahan seperti AdBlue, sekaligus mengurangkan kos operasi dan masa penyelenggaraan kepada pelanggan.

Di Jepun, terdapat lebih daripada 2,000 unit HINO Poncho digunakan di jalan-jalan bandar yang sibuk serta sempit.

Berita Berkenaan

Informasi
  Katanya, penggunaan 20 bas itu dibuat atas permit sedia ada Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL…
Berita Domestik
Bersempena dengan itu, pihak pengendali turut bekerjasama dengan Iskandar Regional Development…