'Hand Drive Control' Dari OKU kepada OKU

oleh Arahman Crew|
Orang Kuat Berusaha bukannya Orang Kurang Upaya (OKU) sangat sesuai digelarkan kepada saudara Mohd Ariff bin Abdullah yang berusia 44 tahun ini. Beliau yang sebelum ini dilahirkan dengan keadaan fizikal normal telah mengalami kegagalan saraf dan menjadi lumpuh kedua-dua kakinya pada tahun 1998.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

"Hasil pengalaman saya belajar dalam Automotif di Institut Latihan Perindustrian Perai serta pengalaman saya sebagai mekanik pada tahun 1995 sehingga 1998 di EON Service Glenmarie, saya bertekad untuk mengunakan kebolehan saya supaya dapat membantu golongan OKU diluarsana menikmati pengalaman memandu dan mudah bergerak sana sini tanpa sebarang masalah." - ujar Mohd Arif yang pernah bertanding dalam Johan Kemahiran Tangan Emas 1994 wakil ILP.

Only Hand Enterprise, yang terletak di Alor Mengkudu, Alor Setar ini merupakan bengkel dimana saudara Ariff serta  rakannya Fauuzi Bin Che Abdullah yang sudah 9 tahun berkerja dengannya dan dibantu oleh Azmi Aziz Asipon yang berkerja sambilan (Ketiga-tiga mereka merupakan Orang Kurang Upaya OKU) melakukan kerja-kerja membuat dan memasang 'Hand Drive Control' dan juga 'Side Car' buat kereta pelangan yang memerlukan khidmat mereka. 

 

Sejak 10 tahun penglibatannya, banyak kereta yang telah mendapat perkhidmatan saudara Mohd Ariff ini, ada yang datang sendiri ke bengkelnya dan ada juga pelanggan meminta saudara Ariff pergi ke rumah mereka  dari pelbagai Negeri di Semenanjung Malaysia. 

Jika pemandu itu belum membeli kereta, Mohd Ariff akan menyarankan mereka untuk mengunakan kereta  dari jenama tempatan seperti Proton ataupun Perodua kerana ia lebih mudah dan praktikal. Akan tetapi ada juga yang pemandu minta perkhidmatannya untuk kereta dari buatan Eropah dan juga Jepun.

"Saya ikut saja apa kereta mereka nak buat, ada pelanggan yang hantar BMW, Volkswagen, Jaguar dan macam-macam lagi, semua itu tiada masalah bagi saya. Yang penting, mereka puas hati, yakin dan boleh memadu seperti orang normal." - ujar beliau.

Untuk memasang 'Hand Drive Control' ini sebenarnya perlu mendapatkan cadangan dari doktor berkenaan Pemulihan Cara Kerja dan kesesuaian memandu kaedah yang bagaimana. sebagai contoh, Doktor menyarankan OKU ini boleh memandu dengan kawalan minyak serta brake menggunakan tangan sepenuhnya. 

Untuk mendapatkan kepastian, Careta sempat menghubungi Encik Shaiful Halimi Bin Saleh, dari bahagian Koperat JPJ Negeri Kedah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pekara ini. Menurut beliau, selepas pemasangan 'Hand Drive Control' ini, pemandu OKU tersebut perlu datang ke JPJ bahagian Kejuruteraan Automotif dan akan diuji memandu dihadapan Pegawai JPJ untuk memastikan pemandu tersebut dapat mengawal kenderaan di atas jalan raya dengan selamat.

Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ akan mengeluarkan surat untuk kenderaan tersebut supaya dibawa ke pemeriksaan Puspakom mengikiut spefikasi yang dibenarkan, setelah selesai pemeriksaaan dan kelulusan dikeluarkan oleh pihak Puspakom, pemilik kenderaan harus ke JPJ semula untuk pengesahan kenderaan OKU serta pengurangan cukai jalan LKM (Lesen Kenderaan Motor)

 

Mohd Ariff juga aktif berpersatuan, aktiviti sukan dan juga riadah. Beliau kerap ke event permotoran seperti Bike Week, Art Of Speed dan lain-lain event sambil ditemani isterinya tercinta Munazira Binti Jaafar.

Selain minat dan kerja terhadap bidang automotif, Mohd Ariff merupakan atlit paralimpik Kedah dalam acara bowling dan pernah memenagi pingat gangsa dalam Parasukma Perak baru-baru ini. Selain itu juga beliau mempunyai jawatan sebagai Setiausaha Persatuan Peniaga OKU Negeri Kedah dan Timbalan Pengerusi Persatuan Sukan OKU Negeri Kedah (PESRON).

Hebat bukan..!

Untuk yang mahukan khidmat Mohd Arif, boleh la hubunginya di talian 012-4533392 atau boleh terus ke bengkel Only Hand Enterprise yang terletak di No38, Jalan Alor Mengkudu, Kampung Alor Gelegah, 05400 Alor Setar Kedah.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Sekatan jalan raya itu dijalankan sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Jelutong bermula jam 10…
Informasi
"Melalui program ini, individu terlibat perlu menjalani penilaian pramemandu dan menunggang…
Berita Domestik
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Bustan Karudin berkata…