Hamyak - ATV Russia yang muat but kereta (VIDEO)

oleh HEZERI SAMSURI|
Hamyak mungkin tidak membawa sebarang maksud kepada kita tetapi di dalam bahawa Russia, Hamyak atau Khomyak atau Homyak bermaksud binatang hamster.

Mula muncul dalam Piala Kenderaan All-Terrain 2020, kini ia sudah mula menempa nama dan penciptanya, Eduard Luzyanin sudah mula menerima tempahan.

Menurut Eduard, seorang jurutera, enjin 150cc diambil dari sebuah skuter China dan kelengkapan seperti trek caterpillar dan tiga "roller" bersama penyerap hentak itu pula diambil dari mobil salji (snowmobile) jenama Buran.

Ia kompak, semuanya diletakkan di dalam gelungan trek caterpillar itu dan penunggang mempunyai tempat letak kaki dan bar hendal yang pegun (tidak boleh berpusing).

 

 

Oleh kerana itu, walaupun ia mampu menarik sebuah kereta atau menempuh pelbagai halangan offroad, membuat pusingan dan membelok ialah sesuatu yang sukar dilakukan.

Eduard berkata jika ia ditunggang di atas salji atau lumpur tebal, cara membelok adalah mirip seperti cara membelok d atas papan luncur (skateboard).

Hamyak ini juga mempunyai tangki bahan api sebesar 10 liter dan ia menggunakan 1 liter petrol untuk setiap jam.

Jika perjalanan anda melebihi 10 jam, anda ada satu bekas minyak di belakang sebesar 5 liter.

 

 

Lampu hadapan adalah dari jenis LED dan di bawah tempat duduk itu adalah ruang simpanan barang.

Eduard berkata paling laju Hamyak pernah ditunggang ialah pada kelajuan 43 kmsj tetapi beliau tidak sarankan untuk pemilik menunggang melebihi 20 kmsj untuk perjalanan yang selesa.

Dengan berat 85 kg, ia boleh dimuatkan di dalam but kereta atau di belakang trak pikap. 

Lihat video di bawah untuk memahami lagi apa itu Hamyak. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek tersebut dinamakan sebagai Swappable Batteries Consortium, dan berharap bakal mewujudkan…
Gaya Hidup
Tidak ramai di antara kita yang mendapat akses kepada pembelajaran pemanduan dunia nyata,…
Berita Global
Kenderaan 4x4 kecil ini seperti nama yang dicadangkan - direka untuk membantu kerja-kerja yang…